in , ,

Enam Selebriti A KLASSE MANAGEMENT Paling Meletop

Dari dulu sampai sekarang kita lihat selebriti datang dan pergi. Ada yang dapat stay lama, dan ada juga yang mengalami pasang surut dalam karier mereka. Tak kurang juga ada juga yang tenggelam terus. Segalanya bergantung sejauh mana bakat dan pengurusan artis tersebut. Dalam erti kata lain, bagaimana cara artis itu mengendalikan dan mengatur jadual kehidupannya sebagai seorang public figure. Disiplin itu yang penting. Itu bagi pendapat Budiey lah.

Sekarang ini semakin banyak syarikat pengurusan ditubuhkan bagi merencanakan jadual dan menaikkan nama selebriti. Antara nama syarikat pengurusan yang terbaru ialah A Klasse Management Sdn Bhd yang baru sahaja ditubuhkan dan ianya diasaskan oleh Asyraf Khalid, anak tiri kepada penyanyi popular, Dato’ Siti Nurhaliza.

A Klasse Management merupakan sebuah syarikat pengurusan artis, pengiklanan media sosial dan penjenamaan produk. Jom kita berkenalan dengan

1. Sharifah Sakinah

Untitled

Fit & Fabulous Sakinah. Seni & Senaman adalah definisi pelakon wanita versatil yang ceria, bergaya dan pencinta gaya hidup cergas bertenaga ini.

2. Dayana Roza

Dayana Roza

Dimanik Dayana – She’s trending the scene melalui drama “Asam Pedas Untuk Dia” dengan bakat lakonannya sebagai bintang utama. Momentum ini diperhebat dalam setiap drama lakonan beliau.

3. Aedy Ashraf

Aedy Ashraf

Hero Malaya Baru – Kerjaya seni Aedy bermula seawal 7 tahun. Filem Tentang Bulan menyerlahkan bakat Aedy sebagai seorang pelakon kanak-kanak dan terus berkembang melalui pelbagai drama dan telefilem. Kini dia berada di fasa karier seni baru, siap sedia sebagai hero malaya baru.

4. Eyka Farhana

Untitled

Destinasi Seni Eyka – Bakat pelakon muda ini mekar dengan lakonan hebat dan kini terus berkembang mengukir nama sebagai bintang.

5. Eain Salleh

Untitled

Up & Coming – Eain (Ain) Salleh adalah wajah baru di dalam bidang hiburan. Beliau ingin mengasah bakat beliau di dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Gadis kacukan dari Borneo ini membina portfolio beliau sebagai wajah untuk iklan dan pelakon iklan. Beliau turut mencari ruang dan peluang sebagai model editorial fesyen serta editorial kecantikan majalah ( media cetak), eletronik dan sosial media.

6. Tya Arifin

Untitled

Pesona Bintang Indonesia – Pelakon dan penyanyi berusia 21 tahun ini mewarnai industri hiburan Indonesia dengan lakonan hebat di dalam setiap filem, drama dan telefilem yang dibintangi.

Pemenang Anugerah Pemeran Karakter Wanita terpuji (Pelakon wanita terbaik) KPID 2014 ini terkenal dengan lakonan beliau sebagai Kinanti di dalam siri sinetron Preman Pensiun yang kini sedang menayangkan musim keduanya di seluruh Indonesia.

Terkini beliau sedang mengembangkan kerjaya seni di Malaysia, melalui pementasan teater Bawang Merah, Bawang Putih di bawah arahan Eirma Fartima.

Beliau diberi kepercayaan mengalas dua watak iaitu sebagai Melur dan Bawang Merah. Teater tersebut dipentaskan di Istana Budaya pada Disember 2015.

Budiey ingin berterima kasih kepada Ilya Qastalanni Head of Talent – A Klasse Management Sdn Bhd kerana sudi memperkenalkan semua selebriti ini. InshaAllah Budiey akan menjemput mereka di event anjuran Budiey.com dan Premiere With Budiey. Kepada anda semua, boleh lah nanti jumpa dan selfie dengan diorang kat event Budiey.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Best Beli Rumah EUSARCA D’MAYANG SARI NILAI

Gambar Sekitar Premiere With Budiey POINT BREAK