in

A Famosa MyTV3 Rock The Wave 2012

Penampilan artis generasi muda pada masa kini sememangnya memberikan impak positif terhadap golongan remaja, belia dan para pelajar. Kejayaan artis generasi muda juga dilihat sebagai sumber inspirasi kepada golongan ini yang sering inginkan kepelbagaian dalam kehidupan mereka ini. Jadi tidak hairanlah kini terdapat pelbagai aktiviti yang boleh didedahkan kepada golongan ini dalam melahirkan generasi yang berkualiti.

Buat julung kalinya, MyTV3 dan pihak A’Famosa Resort mengambil inisiatif untuk berkerjasama menganjurkan acara berbentuk hiburan pada 12 Mei 2012 (Sabtu) bermula jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang di A’Famosa Water World Melaka.

MyTV3, selaku rakan penganjur bakal membawakan beberapa artis popular tanahair seperti Bunkface, 6ixth Sense, Kilafairy, Kaka Azraff dan Nas Adila AF7 yang akan membuat persembahan. Selain daripada itu beberapa artis popular tanah air juga akan dijemput khas bagi mengharungi cabaran di ‘Splash Pool’ bersama peminat.

Bagi mereka yang bertuah, inilah peluang beramah mesra bersama artis kegemaran anda serta berhibur dengan persembahan ‘live’ di kawasan Wave Pool, A’Famosa Water World Melaka.

Bunkface

6ixth sense

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Stadium Angkasa Musim Ke 3 & Sorakan Emas 1Malaysia

Review Hotel Festival Citylink Bandung