Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]



Page 1 of 1,22212345»...Last »





Support Sponsor Budiey.com. Ads Text Pakej 5


+ Anda Nak Kurus + bonus RM?
Klik Di Sini Untuk Jana Pendapatan!


+ KOMISEN RM700 SEHARI?
YA, SAYA DAH BUKTIKAN. KLIK SINI!




Neway Karaoke Box Siarkan Berita Parti Ulangtahun Budiey.com

time February 9th, 2010 | category Category: Gathering |
comment No Comments »

Berita tentang Parti Ulangtahun ke-3 Budiey.com telah pun disiarkan di laman web Neway Karaoke Box.

Terima kasih kerana sudi menyiarkannya ya!

Korang boleh baca kat sini:

Budiey.com 3rd Anniversary Party celebration @ Neway Karaoke Box, Berjaya Times Square. Budiey.com (Sensasi Selebriti) is a very famous top 5 entertainment blog rated in Malaysia and this blog was also voted an Asia Pacific Blog Award.

The brain behind this blog, Budiey celebrated the blog’s 3rd anniversary in Neway Karaoke Box, Berjaya Times Square on 24th January, 2010. On that day, all his readers were requested to wear a red T-shirt provided by Budiey and each of the readers received a goody bag upon registration. All of his readers were invited to enjoy a delightful lunch before the show started.

Budiey invited Ajieb as host of the party and also invited several celebrities such as Sabhi Saddi, Hyrul & Khairul from Mentor, Mimi from Mystarz LG, IZ from OIAM, Rubisa from AF7 and Iqwal to perform to the delight of his readers. There was a lucky draw activity and prizes which included an iPod Nano, a DVD player, Coffee maker & hamper.

Budiey also announced the winners from contests at his blog. The categories contested were The Most Coolest reader, The Most Sporting reader, The Most Loyal reader, The Most Romantic Couple reader & The Most Outstanding Costume for Male & Female. Last but not least, this party ends with a cake cutting ceremony and a photo taking session for his readers and the celebrities. You may log on to his blog (www.budiey.com) to view more news & photos.

Tags:


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ucapan Ikhwan Bong Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Ucapan Adam Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Selamat Memulakan Hari Baru di Tahun Baru 2010
  • Sekitar Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com: Part 1
  • Ucapan Hafiz AF7 Sempena Ulangtahun Ke-3 Sensasi Selebriti
  • Ucapan Nas Adila Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Pemenang Cabutan Bertuah Tajaan Langsing SIY di Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Sekitar Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com: Part 2
  • Aturcara Parti Ulangtahun Budiey.com Ke-3 Ahad Ini
  • Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 1



    Klik Untuk Dapatkan Sabun Aquara!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Norman KRU Pengetua Akademi Fantasia 8

    time February 9th, 2010 | category Category: Akademi Fantasia |
    comment 2 Comments »

    Kali ini Budiey nak update secara LIVE dari Hotel Hilton di mana pada malam ini akan diumumkan pengetua baru untuk program realiti TV paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia musim ke 8.

    Selain penampilan khas tenaga pengajar, Astro pada malam ini mengumumkan hos baru untuk AF8.

    Dihoskan oleh Farish Aziz, majlis yang ditunggu ini turut dihadiri oleh para penaja dan orang besar Astro.

    Yang pasti, AF kali ini ada sub program baru iaitu Apa Kata M yang diacarakan oleh Ajieb.

    Dimulakan ucapan alu-aluan dari orang kuat Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi.

    Pasukan produksi baru juga akan mengubah format iaitu dengan mengadakan Debaran AF pada hari Ahad yang akan mengumumkan penyingkiran pelajar.

    Mula-mula diumumkan Pengacara Konsert untuk AF iaitu Sarimah dan Jimmy Shanley. Ini adalah kali pertama hos berduet secara berpasangan.

    Sarimah & Jimmy Shanley

    Budiey nak ucapkan Tahniah kepada penyanyi, penerbit dan usahawan berjaya, Norman KRU kerana telah dilantik sebagai pengetua AF8.

    Norman KRU, senyum lebar Pengetua AF8.

    Pelakon berbakat, Que Haidar turut diundang menjadi jurulatih drama.

    Tags:


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ramli MS Pengetua Akademi Fantasia Musim ke-6
  • Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7
  • Gossip Zahid Memang Bercinta Dengan Nita
  • Blog Terbaru Fatin – Akademi Fantasia 5
  • Gambar Kekasih Alif AF6
  • Konsert Final Akademi Fantasia Tidak Patriotik?
  • Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5
  • Profile ISMA Akademi Fantasia 7
  • LIZDA Akademi Fantasia 7



    Klik Untuk Dapatkan Sabun Aquara!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Bujang Sepah Lalalitamplom

    time February 9th, 2010 | category Category: Astro |
    comment No Comments »

    BUJANG SEPAH LALALITAMPLOM
    Kesinambungan Kisah Bujang Sepah Dalam Bentuk Drama Bersiri
    Istimewa Di Astro PRIMA
    !

    Istimewa bulan Februari ini, Astro PRIMA dengan bangganya membawakan sebuah lagi drama komedi ringan bersiri terbaru berjudul Bujang Sepah Lalalitamplom yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Rabu, jam 10.30 malam bermula 10 Februari 2010 menerusi saluran 105.

    Drama komedi 13 episod arahan Fahizal Abdullah ini dijayakan oleh gabungan barisan pelakon baru dan lama tanah air seperti Juara Raja Lawak Musim 3; Kumpulan Sepah selaku watak utama Bujang Sepah, pelakon dan penyanyi yang cukup terkenal dengan kebolehannya untuk meniru lenggok badan, tutur percakapan, suara dan juga mempunyai rupa paras yang hampir serupa Allahyarham Seniman Agung P. Ramlee; Musly Ramly sebagai Abdul Kibas, seniman serba boleh yang cukup aktif sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip; Datuk Aziz Sattar sebagai Pak Long Mustar, pelakon berbakat yang cukup sinonim dengan watak polis; Raja Azrey sebagai Abdul Qhuyyob, pelakon baru yang semakin dikenali menerusi drama Kampung Jaguh di Astro WARNA; Nur Akma sebagai Rona, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia yang semakin meningkat menerusi drama Kau Dan Aku di Astro RIA; Ika Nabila sebagai Rini, pelakon baru berbakat besar yang telah dicungkil menerusi program realiti Anak Wayang; Dayana sebagai Runu dan Eiz sebagai Suzana.

    Pengurus saluran Astro PRIMA, Encik Nizam Sani berkata, “Astro amat teliti dan berhati-hati dalam pemilihan kandungan yang ditayangkan menerusi setiap salurannya bagi memastikan para penonton hanya menerima perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.

    Di bawah payung penjenamaan Astro Megadrama, destinasi utama bagi drama-drama Melayu hebat yang cukup sinonim dalam membariskan variasi program dan drama mantap menerusi salurannya yang pelbagai, Astro PRIMA dengan sukacitanya mempertaruhkan drama komedi terbaru berjudul Bujang Sepah Lalalitamplom yang bakal menyambung kesinambungan kisah Bujang Sepah yang kini diterjemahkan pula ke dalam bentuk drama bersiri.”

    Nizam turut menambah, “Keputusan untuk menyambung kisah mereka ke dalam bentuk drama ini diambil berikutan maklum balas positif yang diterima selepas penayangan dua telemovie menarik iaitu Bujang Sepah Si Lalalitamplom dan Lemang Si Bujang di Astro PRIMA tahun lalu. Kami berharap ia mampu mendapat tempat di hati para penonton dan mengulangi kejayaan telemovie-telemovie lain yang turut disambung ke dalam bentuk drama bersiri seperti Halimah Jongang dan juga telemovie Sonata Labu Labi dalam Kempen Tribut Khas Inspirasi P Ramlee.”

    Drama Bujang Sepah Lalalitamplom ini mengisahkan tentang kemunculan seorang pengusaha dan pemilik Syarikat Pemegang Harta bernama Tuan Abdul Kibas lakonan Musly Ramlee yang sedang mengalami masalah kerugian aset syarikatnya. Beliau mempunyai tiga orang anak dara yang cukup ayu bernama Rona (lakonan Nur Akma), Rini (lakonan Ika Nabila) dan Runu (lakonan Dayana). Beliau juga mempunyai seorang penasihat terhormat bernamaa Abdul Qhuyyob (lakonan Raja Azrey) yang cukup tersohor kerana sering memberi nasihat kepada ketua-ketua mafia Arab.

    Kisah bermula apabila Tuan Abdul Kibas dan penasihatnya berpakat untuk menyeleweng harta yang bakal diwarisi oleh tiga jejaka Bujang Sepah; Jep, Mamat dan Shuib (lakonan Kumpulan Sepah). Tiga Bujang Sepah telah diperdayakan dengan tipu helah sehingga menandatangani dua dokumen perjanjian yang berkenaan dengan wasiat dan penipuan tanah pusaka. Jejaka Bujang Sepah ini terpaksa mengalami kerugian setelah terjerat dengan penyelewengan yang dilakukan oleh Tuan Abdul Kibas dan Abdul Qhuyyob. Mereka juga telah diberikan tempoh masa tujuh bulan untuk bergelar seniman percuma.

    Lalu bermulalah kehidupan jejaka Bujang Sepah yang bertungkus lumus menyahut seruan untuk memastikan mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dikenakan untuk memiliki harta keturunan Syed Maulana Al-Bebiri. Mereka terpaksa menghadiri sesi ujibakat dan harus menempuhi pelbagai dugaan demi untuk bergelar sebagai seniman. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka lalu gagal dek kerana helah Tuan Abdul Qhuyyub dan Abdul Kibas yang telah menjadi dalang dan menggunakan pelbagai helah untuk menghalang mereka daripada menjadi seniman.

    Jejaka Bujang Sepah tidak putus asa dan bertekad untuk menjadi seniman jalanan. Mereka berusaha untuk berlatih menyanyi dan akhirnya mereka memberanikan diri untuk membuat persembahan di khalayak ramai.

    Dalam perjalanan mereka untuk bergelar seniman, Bujang Sepah telah berkenalan dengan Pak Long Mustar (lakonan Datuk Aziz Saltar) bersama anak gadis bongsunya yang jelita bernama Suzana (lakonan Eiz). Maka bermulalah pelbagai kisah yang mencuit hati berlaku. Manakala Tuan Abdul Kibas serta Abdul Qhuyyob pula masih merancang untuk membolot harta jejaka Bujang Sepah dengan menggunakan tiga anak gadis sebagai pancing untuk menggoda mereka. Maka bermulalah episod permainan perasaan jejaka Bujang Sepah bersama tiga anak dara Tuan Abdul Kibas.

    Apakah yang akan berlaku? Adakah Tuan Abdul Kibas dan Abdul Qhuyyob berjaya membolot harta tersebut atau adakah jejaka Bujang Sepah akhirnya berjaya menerima harta pusaka peninggalan atuk mereka?

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama komedi Bujang Sepah Lalalitamplom yang pasti mencuit hati pada setiap hari Rabu jam 10.30 malam bermula pada 10 Februari ini, hanya di Astro PRIMA (saluran 105). Selamat menonton!

    Tags:


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ucapan Hari Raya dari Kumpulan SEPAH
  • Kisah Sepah Raja Lawak di Astro Ria
  • Biodata AISHAH Akademi Fantasia 7
  • Nasir Anak P Ramlee Meninggal Dunia Petang Tadi
  • Filem & Program Menarik Aidilfitri di Astro
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • Amim Akademi Fantasia 7
  • Cabby AF7
  • Obri AF7
  • Profile AB AF7



    Klik Untuk Dapatkan Sabun Aquara!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Suara Akim dan Mila dalam Filem Jumbo Gajah Biru

    time February 9th, 2010 | category Category: Akim AF7, Mila AF5 |
    comment No Comments »

    Baru-baru ini, bintang AF terkenal iaitu Akim dan Mila telah menjalani sesi alih bahasa untuk filem animasi terbaru dari Thailand iaitu Khankluay 2. Ternyata, kedua-dua dari mereka sangat excited kerana dapat menimba pengalaman untuk memasukkan suara bahasa Melayu untuk tontonan peminat animasi di Malaysia.

    Kalau diterjemahkan, filem ini berjudul Jumbo Gajah Biru. Sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

    Akan menjengah pawagam mulai 11 Mac ini.

    SINOPSIS FILEM ANIMASI

    Setelah berjaya dalam pertempuran gajah terhebat, Jumbo si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan yang hebat. Jumbo walau bagaimanapun perlu mengambil keputusan yang sukar yang mungkin mengancam nyawa keluarganya.

    Isterinya yang tercinta Luna; menyimpan rahsianya tersendiri. Dia sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Hin How untuk melahirkan bayinya. Malang tanpa diduga, Kampung Hin How diserang gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga Jumbo.

    Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya. Apakah pilihan Si Jumbo? Bolehkah dia menyelamatkan dirinya dan keluarga tersayang dari cengkaman musuh? Atau bolehkah dia mengekalkan maruahnya sebagai seorang pahlawan? Temui jawapannya dalam “Jumbo Gajah Biru” yang akan menemui anda di panggung tidak lama lagi.

    BILA?
    Bermula pada 11 Mac 2010 GENRE? Animasi, Hiburan Keluarga, Pengembaraan SIAPA?

    Pengarah :
    Taweelarp Sriwootiwongse

    Alih suara :
    Akim & Mila (Akademi Fantasia)

    Bahasa:
    Bahasa Melayu (Bahasa)

    Durasi:
    Anggaran 92 mins

    Laman Web Rasmi:
    wwww.khankluay.com

    Tags: ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Mila dan Akim Bercinta?
  • Magik Mila Bakal Menjuarai AF5?
  • Diana Daniel, Lisa Surihani, Dafi di Gerai Juz Jumbo Suria FM
  • Lirik Lagu Persis Mutiara – Mila AF5
  • Mila Bergaduh Dengan Candy Sebab Ebi?
  • Quotes of the Day: Saya Bukan Gay – AKIM
  • Biodata Akim Akademi Fantasia 7
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Mila AF5, Juara Yang Sedang Laris
  • Aksi Murai, Klon Artis & Pemenang di Astro Ria



    Klik Untuk Dapatkan Sabun Aquara!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!




  • Support Our Sponsors:




















    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK




    Ucapan Dato' Siti Nurhaliza