Cerekarama: Ar-Rayyan, 4 September, Sabtu, jam 10.00malam
Suraya adalah seorang arkitek di sebuah syarikat design & build antarabangsa. Walaupun pangkatnya tinggi, dan sering bergaul dengan orang-orang berbangsa asing, Suraya bersikap rendah diri dan masih mengekalkan adat kesucian gadis timur.
Dia memakai tudung dan mengamalkan cara hidup Islam dengan tegas. Boss Suraya, Dato’ Hamdi telah bersara dan digantikan oleh Ryan Zachary, seorang warga asing. Ryan merupakan seorang yang bukan sahaja tidak hormat akan adat orang Melayu, malah sering memandang Islam sebagai agama kuno.
Pada hari-hari yang berikutnya, Ryan memerhatikan segala tingkah Suraya yang pada mulanya dianggap sebagai menjengkelkan.
Kerap kali, mereka akan berdebat secara sihat tentang Islam dan lama-kelamaan hatinya menjadi terbuka untuk menerima Islam dan juga Suraya sebagai teman hidupnya. Atas urusan kerja, Ryan terpaksa ke kota London dan cuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan bulan Ramadhan.
Ryan terkejut apabila mendapati Suraya sudah tiada sewaktu kepulangannya ke Malaysia. Dia cuba mencari Suraya namun mendapati gadis itu telah meninggalkan Malaysia untuk mengerjakan umrah dan menyambut Aidilfitri di Mekah. Ryan kecewa. Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Pelakon: Raja Farah, Geoffrey, Farahdhiya, Aida Khalida, Hafizuddin, Rahim Jailani
Pengarah: Hitler M Azmi
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
SEMARAKKAN SERI DAN NIKMAT SYAWAL BERSAMA SINARI & DAM DAM DUM RAYA
Di dalam kesibukan kita mengejar masa menjalankan tanggungjawab dan rutin seharian, samada sedar atau tidak, bulan Ramadan hampir melabuhkan tirainya dan tidak lama lagi Syawal pula menjelang tiba.
Sambutan hari raya bukanlah sekadar tradisi ciptaan manusia, tetapi ianya adalah kehendak Islam dan satu anugerah Allah yang wajib disyukuri. Bertemakan ‘Sinari Lebaran TV3 & Dam Dam Dum Raya TV9’, stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad meneruskan tradisi tahunannya dengan mengatur beberapa acara istimewa serta pelbagai rancangan dan program Aidilfitri yang hebat sempena menyambut kemeriahan lebaran untuk diraikan bersama penonton setia.
Menurut Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad yang ditemui ketika majlis pelancaran program Raya TV3 & TV9 bertempat di Oval Center Court, Pusat Membeli-belah One Utama, “Sejak kebelakangan ini ada yang mengatakan sentuhan sambutan Syawal kini sudah semakin kurang dan hilang serinya.
Tetapi, anggapan ini tidak sama sekali relevan kepada kumpulan rangkaian televisyen naungan Media Prima Berhad terutamanya TV3 & TV9 yang tidak pernah menghampakan para penonton dan terus kekal menjadi saluran pilihan utama kerana telah berjaya meraih lebih daripada 99 peratus penonton Melayu di Malaysia setiap kali menjelangnya musim perayaan.
Di majlis ini, Remy Ishak dan Umie Aida berduet nyanyi lagu DUA INSAN untuk drama lakonan mereka – Air Mata Nur Salina
Untuk memastikan pengalaman menonton terutamanya ketika bersama keluarga dan sahabat-handai menjadi lebih seronok dan bermakna, saksikan program-program muzikal, hiburan, dokumentari dan drama istimewa menarik di TV3 seperti Stylistika Siti, Akustika 2010, Anuar Zain: Semuanya Untukmu, Mentor 4 Raya, Hikayat, Bas Raya, Melodi Raya, Ewah-Ewah Raya, Sebenarnya…Black, Saya terhebat, Manikam Kalbu, Madrasah Di Pinggir Syurga, Salam Mangkassara dan lain-lain lagi.
Selain daripada rancangan hebat hasil kolaborasi di antara Primeworks Studios dan TV3 sendiri, tidak lengkap rasanya sambutan Aidilfitri tanpa tayangan filem-filem unggul, Movie Blockbuster seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Senario The Movie Eps 1, Kecoh Betul, Momok The Movie, Susuk, Jin Notti dan banyak lagi.”
“Dengan susunan mantap program-program menarik dari luar dan dalam negara, dan termasuklah yang diterbitkan sendiri oleh produksi kami bagi mengimbangi jumlah penonton bagi setiap rangkaian stesen kami pada minggu Aidilfitri, jangan lepaskan peluang untuk menonton program-program hiburan, majalah, drama dan filem menarik di TV9 seperti Konsert Di Hati CT, Bicara Dari Tuhan, Saus Kacang, Alahai Nak Raya, Upin & Ipin Aidilfitri, Raya Pertamaku, Perang Lawak, Geng Aizat, I’m Not Single dan Idola Kecil Idola Besar.
Tidak dilupakan juga pada mereka yang terpaksa beraya di perantauan, walaupun jauh beribu batu dari keluarga tersayang, anda masih boleh melayari laman web rasmi TV3 dan TV9 untuk menonton rancangan dan program khas Raya di laman ‘Catch Up TV’ kerana tidak kira di mana kita berada, kedatangan Syawal haruslah disambut dengan gembira bukan sahaja untuk meraikan kemenangan umat Islam berpuasa tetapi juga tanda bersyukur.
Tetapi dalam pada itu, janganlah kita alpa hingga boros berbelanja dan lupa pada orang lain yang lebih memerlukan,” tambah Dato’ Sri Farid lagi.
Kemeriahan sambutan Aidilfitri turut dirasai terutama kepada pemandu-pemandu yang ingin pulang menyambut Hari Raya di kampung.
Untuk tahun ketiga, team My TV3 berkerjasama dengan Caltex akan berada di perhentian tol sekitar Lembah Klang selama empat hari untuk mengagihkan 25,000 goodie bag yang mengandungi ‘Angpau Raya’, kurma serta barangan Caltex kepada pengguna lebuhraya yang melalui tol.
Antara perhentian tol yang terlibat termasuklah Plaza Tol Jalan Duta (30 Ogos), Plaza Tol Damansara (31 Ogos) Plaza Tol Gombak (2 September) dan Hentian Bas Bukit Jalil (4 September).
Pastikan pengguna lebuhraya tidak ketinggalan mendapatkan barangan istimewa ini dengan melalui plaza tol terpilih ketika waktu pengedaran iaitu dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang kecuali di Plaza Tol Gombak yang akan bermula dari jam 11.00pagi hingga 1.00 tengahari. Selain dari krew MyTV3 yang bertugas, seramai 15 ahli MyTV3 juga akan turut membantu mengagihkan barangan dan memeriahkan lagi acara tersebut.
Majlis pelancaran program Raya TV3 & TV9 yang diadakan secara langsung menerusi program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) turut dijayakan oleh Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9 dan dimeriahkan lagi dengan barisan selebriti yang terlibat di dalam program Raya TV3 dan TV9 seperti Shaheizy Sam, Dato’ Rahim Razali, Dato’ Baharuddin Omar, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Umie Aida, Sharifah Shahira, Puteri Fateen, Isma Yusof, Azan (Ruffedge), Kismah Johar, Aziz M. Osman, Faizal Yusuf, Faezah Elai, Amy Mastura, Kenchana Devi, Nubhan, Alif Satar, Ifa Radziah dan ramai lagi.
Sambil bergembira di samping orang tersayang dan menikmati juadah raya, jangan ketinggalan untuk menghiburkan dengan sajian-sajian menarik khusus untuk penonton-penonton setia TV3 & TV9 sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Para penonton bakal disajikan dengan pelbagai aneka ragam masyarakat menerusi filem, telemovie dan program-program hiburan dan jenaka. Program-program yang bakal dipertontonkan ini memberikan inspirasi kepada penonton dengan mesej positif yang disampaikan dan sesuai untuk hiburan seisi keluarga.
Selebriti yang sempat Budiey temui…
Shaheizy Sam
Umie Aida
Umie Aida lagi… kali ini dengan Remy Ishak
Diorang lagi…
Eh, ada geng Gadis Melayu yang ayu bak bidadari
Iqram Dinzly yang dah lama tak ku temui…
Remy Ishak yang bakal pulang beraya di Melaka
Intan Ladyana yang akan beraya di Bangkok
Ikuti video temubual eksklusif bersama diorang ni… bakal menyusul…
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Setiap wanita mahu tampil anggun, glamor dan dalam pada masa yang sama berseri-seri setiap masa. Sentuhan emas SimplySiti telah hadir mengundang perhatian semua wanita untuk melihat empat produk kosmetik yang lebih praktikal. Siapa yang tak nak tampil anggun, semua mahu kan? Dan Siti Nurhaliza begitu komited dalam usahanya memperluaskan lagi empayar SimplySiti yang baru dalam pelayaran. Dengarnya, orang Brunei, Indonesia dan Singapura tidak sabar menantikan kulit mereka disentuh dengan aura emas yang eksklusif dari Siti Nurhaliza.
Simply 4 Eye Color rasanya akan menjadi perhatian ramai dek 4 warna asas untuk mendapatkan mata yang memukau. Kini, didatangkan dengan warna baru iaitu asas pembayang hitam, cerah coklat dan warna pembayang mata emas untuk mendapatkan efek smokey eyes yang didambakan.
Sebelum itu, berikut ini 10 fakta yang mungkin korang nak tahu tentang produk ini:
Dato’ Siti Nurhaliza membintangi dua iklan TV terbaru SimplySiti yang dinamakan Gold Edition dan SimplyWhite yang ditayangkan mulai Ogos lalu.Edit
Pembikinan iklan Gold Edition ini mengambil masa sehari suntuk untuk disiapkan.
Dalam iklan ini, Siti Nurhaliza tampil menawan dengan busana dari pereka baru yang diinspirasikan seorang diva. Dikatakan fesyen rekaan ini dibuat khas dan tidak didapati di mana-mana butik di Malaysia.
Untuk iklan terbaru, buat pertama kalinya Siti Nurhaliza berganding dengan jurusolek kegemarannya, Nurul Shukor.
Edisi terhad ini tampil eksklusif dengan tandatangan dari penyanyi ini sendiri.
Sempena Syawal, Dato’ Siti telah memberi sentuhan istimewa untuk Hamper Raya SimplySiti yang boleh ditempah di www.simplysiti.com.my
Sepanjang Ramadan, Siti mengadakan road tour di Watson’s, Jusco dan Sogo terpilih untuk berjumpa dengan peminat-peminat dan pengguna setia SimplySiti.
SimplySiti juga menjalankan peraduan Berhari Raya bersama Dato’ Siti Nurhaliza. Bertuah siapa yang menang dapat menyambut Hari Raya bersama dengan beliau.
Selain laman Facebook rasmi Siti, peminat juga boleh mengetahui kisah terbaru beliau di laman Facebook SimplySiti.
Siti sedang mengkaji untuk mengeluarkan produk penjagaan rapi badan dan rambut pula. Inginkan rahsianya… nantikan kehadiran produk terbaru SimplySiti.
Di pelancaran yang penuh dengan suasana sederhana di bulan barakah, kosmetik eksklusif yang dibungkus rapi dengan rona emas memancar ini bakal singgah di lokasi-lokasi tertentu.
Selain itu, dapatkan sentuhan profesional dengan Simply Shading Blush, ekspresikan pipi lebih terbentuk dengan dua cara mudah. Sapukan pembayang coklat kemudian pemerah pipi untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik.
Kandungan mutiara asli yang memantulkan cahaya menyerikan lagi wajah anda. Kemudian lengkapkan imej anda dengan warna bibir yang terserlah dari Simply Gorgeous Lip Color dan Simply Glitz Lip Gloss rangkaian Gold Edition untuk mendapatkan bibir yang lembab dan berkilau juga dengan warna yang sememangnya pilihan Dato’ Siti Nurhaliza sendiri.
Majlis pelancaran dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya yang tampil dengan baju kebangsaan penuh keemasan.
Kata Siti Nurhaliza:
“Sempena menyambut Hari Raya yang akan datang, ini juga adalah hadiah istimewa yang ingin saya kongsikan bersama peminat dan juga pengguna setia SimplySiti, bukan sahaja mereka boleh mendapatkan efek mekap yang menggagumkan, malah ianya juga datang istimewa dengan tandatangan saya dalam bekas yang menarik untuk dijadikan koleksi. Dengan Gold Edition, anda boleh kelihatan glamor untuk hari-hari yang istimewa, namun bagi saya dengan SimplySiti setiap hari adalah hari yang istimewa.”
Di mana boleh dapatkan produk ini? Ya, ia boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Watson’s cawangan Jusco Alpha Angle, Taman Equine, Cheras Selatan dan Ayer Keroh Melaka dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh negara. Selain itu, SimplySiti terdapat di kaunter Sogo sepanjang bulan Ramadan. Bagi kemudahan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan senarai rangkaian niaga sah yang menjual SimplySiti, sila layari web rasmi www.simplysiti.com.my atau boleh layari Facebook.
Dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya yang kian pandai bermain dengan bahasa alam.
Wawa, salah seorang hadirin yang tampil serba hitam bertuah kerana dipilih oleh penari untuk direvamp oleh jurusolek tersohor, Najeeb.
Banner yang menawan, memukau pesona bintang aura selebriti
Majlis pelancaran itu juga tidak lupa untuk meraikan ulangtahun ke-4 perkahwinan Siti dengan Datuk Khalid.
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Hey..Pening Raya - Album Kompilasi Hari Raya 2010 Yang Unik
M.Nasir berduet dengan Salih Yaccob? Inilah hadiah terbaru untuk peminat seni hiburan tanahair. Lagu ’Pening Raya’ nyanyian dua nama besar ini bakal berkumandang di corong radio menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Salih Yaccob merupakan penyanyi ’versatile’ berpengalaman yang memiliki mutu vokal yang baik walaupun nama beliau sekarang lebih dikenali sebagai juruhebah/penyampai radio di stesen radio No 1 iaitu Sinar Fm. Kelebihan bakat beliau ini menjadi ciri-ciri yang memikat hati M.Nasir dan daripada sini lahirlah sebuah lagu duet Hari Raya mereka buat peminat.
Lagu ini terdapat di dalam kompilasi album Hari Raya terbaru terbitan bersama Luncai Emas dan Warner Music yang berjudul ’HEY.. PENING RAYA’. Apa yang menarik dan uniknya album ini adalah kepelbagaian lagu-lagu Hari Raya daripada ramai artis popular tanahair seperti Shiela Majid, Jamal Abdillah & Saleem, Spider, Aisyah, Ziana Zain, The Fabulous Cats dan sebagainya.
Sebuah lagi lagu baru di dalam album ini adalah nyanyian Aidil (bekas finalis AF3) berjudul ’Bersatu Di Hari Raya’ yang dijangka boleh menangkap halwa telinga anak-anak muda kita dengan irama berunsur pop & rapnya.
Lagu ini adalah ciptaan Aidil sendiri dan lirik daripada Dato’ Paduka Shuhaimi Baba.
Tiada Aidilfitri tanpa melalui perjalanan Ramadan. Dua buah lagu bertemakan puasa turut diselitkan di dalam album kompilasi ini. ’Harapan Ramadan’ nyanyian duet Man Bai & Raihan dan juga ’Pertama Ramadan Ini’ nyanyian kumpulan Quest mengajak kita menyedari pentingnya perjuangan dan pengorbanan sebelum menikmati sesuatu itu.
Turut menjadikan album ini agak istimewa adalah pemilihan artis yang mewakili generasi baru dan lama. The Fabulous Cats muncul dengan single Hari Raya mereka ’Riuhnya Beraya’ yang berirama ’catchy’, penyanyi bersuara nyaring Aisyah dengan ’Senandung Lebaran’, Kumpulan Spider dengan kesyahduan lagu ’Rindu Raya’, Ziana Zain dengan lagu ala joget ’Hari Mulia Ini’, M.Nasir dengan erti Hari Raya satu dunia ’Salam Dunia’.
Peminat juga akan terhibur dengan versi akustik Kumpulan Spider yang menyanyikan semula lagu sifu mereka iaitu Satu Hari Di Raya.
Album ’HEY..PENING RAYA’ akan mula berada di pasaran mulai 26hb Ogos kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri ini dengan harga pasaran RM26.90.
Pihak Luncai Emas & Warner Music berharap para peminat akan memberi sokongan terhadap album ini dengan membeli yang asli sebagai koleksi peribadi mahupun untuk menghadiahi orang tersayang di hari raya yang mulia ini.
TRACK LISTING
1. PENING RAYA**
M.Nasir & Salih Yaccob
M.Nasir / M.Nasir & Salih Yaccob
Luncai Emas Sdn Bhd
P2010 LUNCAI EMAS SDN BHD
2. TIBANYA HARI MULIA
Sheila Majid
Adnan Abu Hassan / Habsah Hassan
Universal Music Publishing MGB ( Malaysia ) Sdn bhd / Warner Chappell Music Publishing ( Malaysia ) Sdn Bhd
P 2006 EMI (Malaysia) Sdn Bhd
3. RINDU RAYA
Spider
Tam Spider & Hanafie / Loloq
Luncai Emas Sdn Bhd
P2004 LUNCAI EMAS SDN BHD
4. LAMBAIAN AIDILFITRI
Jamal Abdillah & Salem
Razman / TJ & Lan Mamat
Warner Chappell ( Malaysia ) Sdn Bhd
P WARNER MUSIC ( MALAYSIA ) SDN BHD
5. HARAPAN RAMADHAN
Raihan & Man Bai
Man Bai & Farihin / Man Bai, Farihin & Ain
Raihan Cipta/ SP : Fres Publishing/ Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd
P WARNER MUSIC ( MALAYSIA ) SDN BHD
6. SENANDUNG LEBARAN
Aishah
Sohaimi Mohd Zain / Siso
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd
P 1998 EMI ( Malaysia ) Sdn Bhd
7. SALAM DUNIA
M.Nasir
M.Nasir/ M.Nasir
Luncai Emas Sdn Bhd
P2005 WARNER MUSIC ( MALAYSIA ) SDN BHD
8. RIUHNYA BERAYA
The Fabulous Cats
Cat Farish / Cat Farish
Luncai Emas Sdn Bhd
P2007 LUNCAI EMAS SDN BHD
9. HARI MULIA INI
Ziana Zain
Razman / Habsah Hassan
Warner Chappell Music Publishing
P 2006 EMI ( Malaysia ) Sdn Bhd
10. PERTAMA RAMADHAN INI
Quest
M.Nasir / Keon
Luncai Emas Sdn Bhd
P2007 LUNCAI EMAS SDN BHD
11. SATU HARI DI HARI RAYA
Spider
M.Nasir / M.Nasir
Warner Chappell ( Malaysia ) Sdn Bhd
P2004 LUNCAI EMAS SDN BHD
12. SESAL DI HARI RAYA
Azfar
To’ki / To’ki
Luncai Emas Sdn Bhd
P2007 LUNCAI EMAS SDN BHD
13. KURNIAAN DI HARI RAYA
Feminin
Nasser Abu Kassim / Cahaya Pena
Warner Chappell ( Malaysia ) Sdn Bhd
P1994 WARNER MUSIC ( MALAYSIA ) SDN BHD
14. BERSATU DI HARI RAYA**
Aidil AF
Aidil AF3 / Dato’ Paduka Shuhaimi Baba
Luncai Emas Sdn Bhd / Pesona Multimedia Sdn Bhd
P2010 LUNCAI EMAS SDN BHD
** new recording track
This compilation album – ‘HEY.. PENING RAYA’ belong to :
P2010 LUNCAI EMAS SDN BHD & WARNER MUSIC ( MALAYSIA ) SDN BHD
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Seorang full time blogger, jurugambar sepenuh masa, wartawan sambilan, copy writer (penulis iklan & advertorial). Obses dengan filem seram & thriller. Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]