in

8TV Trending Pecah Rekod di Twitter

8TV PECAH REKOD MELAKAR NAMA DILAMAN SOSIAL TWITTER!

8TV saluran televisyen negara paling hip, sekali lagi menjadi bualan utama apabila menjadi ‘trending topic’ dalam laman sosial terkenal, Twitter. Definisi ringkas bagi ‘trending topic’ di laman sosial Twitter bermaksud topik yang sering menjadi perhatian dan bualan para pengguna Twitter. Topik yang layak disenaraikan dalam ‘trending topic’ dalam laman sosial Twitter harus merangkul jumlah pengguna paling tinggi berdiskusi mengenai sesuatu topik itu pada sesuatu masa dan sering dibualkan oleh pengguna-pengguna Twitter.

8TV berjaya menduduki senarai 10 paling tinggi ‘trending topic’ di Twitter di Malaysia masa kini. 8TV semakin hangat diperkatakan oleh pengguna Twitter apabila bintang-bintang terbesar Korea serta antarabangsa mencetuskan gelora di Kota Singa malam semalam dalam anugerah Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011. Lebih mengagumkan apabila 8TV masih lagi menduduki ‘trending topic’ Twitter setelah 12 jam anugerah tersebut disiarkan.

Siaran tertunda anugerah MAMA berlangsung empat jam bermula pada jam 9.30 malam tadi dan berakhir pada jam 1.15 pagi. Anugerah berprestij ini ditayangkan disaluran hebat 8TV pada hari Selasa, 29 November 2011 ternyata berjaya menghiburkan penonton setia 8TV dan yang lebih penting dapat menyatukan 1 bangsa Malaysia bersama-sama menonton rancangan terhebat ini. Ini dapat dibuktikan dari senarai pelanggan twitter yang berdiskusi terdiri mengenai program ini terdiri dari pelbagai bangsa. Anugerah tersebut menjadi saksi persembahan sensasi artis antarabangsa Will.i.am dan apl.de.ap dari kumpulan Black Eyed Peas yang menjalinkan satu kolaborasi dengan bintang terkenal Korea 2NE1! Bintang-bintang hebat K-pop Girl’s Generation, Dynamic Duo dan Super Junior turut memanaskan pentas MAMA dengan persembahan hangat mereka!

Stesyen televisyen 8TV amat berbangga dengan kedudukan pencapaian rating tertinggi sebanyak 600,000 dari penonton seluruh Malaysia. . Dalam anugerah MAMA, 8TV menyiarkan momen-momen cukup menarik artis-artis Korea popular dengan persembahan hebat mereka! Demam K-pop yang melanda seluruh dunia ternyata menjadikan Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011 sebagai anugerah terhebat tahun ini!

“Tahun 2012 merupakan tahun ke-8 stesyen televisyen 8TV bersiaran. 8TV telah menjadi semakin matang serta lebih dinamik dan kreatif sebagai sebuah stesen televisyen. 8 tahun yang amat bermakna ini telah memberi kami pemahaman yang lebih mendalam mengenai penonton sasaran kami sekaligus membolehkan kami menyediakan kandungan informasi dan hiburan buat para penonton 8TV. 8TV sentiasa memilih rancangan-rancangan terbaik bagi tontonan anda seisi keluarga dan kami berjanji untuk terus menghidangkan para penonton dengan program yang terbaik,” kata Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainul.

Airin turut menambah “Bersiap sedia untuk variasi program yang cukup menakjubkan tahun depan. Penonton 8TV pasti rambang mata dengan seleksi hiburan, informasi dan infotainment yang dipilih untuk memuaskan selera setiap penonton 8TV.”

Jangan ketinggalan untuk menonton semua rancangan menarik disaluran 8TV. 8TV juga boleh ditonton di Astro saluran 708. Sekiranya anda terlepas menonton rancanagn kegemaran anda, anda boleh saksikan ulangan dalam laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X Makes Osaka Its Second Japanese Destination

Travelogue Dakwah Skuad Imam Muda