Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











8TV Taja RM1 Juta Kepada 15 orang Pelajar SEGi University College



Tabung Biasiswa 8TV
8TV dengan kerjasama SEGi menawarkan RM1, 000 000 untuk tahun ke-4!
  

8TV sekali lagi bekerjasama dengan SEGi University College meneruskan program 8TV ‘Scholarship Fund’. Tahun ini merupakan tahun yang keempat 8TV menyampaikan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk program ini.

Seramai 15 orang pelajar telah dipilih untuk menerima biasiswa dari 8TV yang berjumlah RM1, 000, 000.

‘8TV Scholarship Fund’ merupakan salah satu cara untuk membantu pelajar-pelajar di Malaysia meringankan beban kos pembelajaran dalam bidang diploma, ijazah, matrikulasi dan bidang-bidang yang berkenaan.

8TV bersama SEGi telah memperkenalkan ‘8TV Scholarship Fund’ sejak tahun 2006 dengan jumlah biasiswa sebanyak RM 300,000 yang telah diberikan kepada 9 orang pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran dalam peringkat diploma dan ijazah.

Tahun 2007 pula 8TV telah meningkatkan jumlah biasiswa dari RM300, 000 kepada RM800, 000 yang telah diberikan kepada 21 orang pelajar. Tahun lepas pula seramai 37 pelajar telah terpilih untuk program biasiswa ini dengan jumlah biasiswa sebanyak RM1, 000, 000.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 8TV Encik Ahmad Izham Omar,”8TV cukup berbesar hati dan berbangga dapat memberikan biasiswa ini kepada pelajar-pelajar. Semoga biasiswa ini dapat membantu dan menjadi pemangkin untuk mereka berusaha lebih keras untuk berjaya dalam pelajaran.”

“Setiap tahun ramai pelajar yang mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Semangat yang ditunjukkan oleh mereka cukup luar biasa dan tiada sebab untuk kami tidak mahu menyambung program biasiswa ini. Pelajar-pelajar ini dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam bidang akademik dan kurikulum. Kami turut berbesar hati dan teruja dapat bekerja dengan SEGi yang telah bersama-sama terlibat dalam projek ini sejak tiga tahun lepas. SEGi telah memberikan komitmen dan kerjasama yang cukup tinggi dalam menjayakan program biasiwa ini,” tambah Izham lagi.

‘8TV Scholarship Fund’ akan membantu pelajar-pelajar membayar yuran pengajian mereka dalam bidang Perakaunan, Psikologi, Kejuteraan Mekanikal, Kejuteraan Sivil, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Teknologi Maklumat, Pengajian Komunikasi dan Media, Pereka Grafik dan Pereka Hiasan Dalaman.

Biasiswa ini telah diberikan kepada pelajar-pelajar dari kampus SEGi di Subang Jaya dan Kota Damansara.

8TV dan SEGi bersama-sama menilai dan memilih pelajar-pelajar yang layak untuk menerima biasiswa ini. Pelajar-pelajar ini kemudiannya akan dipanggil untuk menghadiri beberapa sesi temuduga. 

Berikut merupakan senarai penerima biasiswa ‘8TV Scholarship Fund’:

1
Ong Hui Chen
American Degree Program – BSc in Psychology

2
Joseph Ng Zhen Ye
American Degree Program – BSc in Management

3
Yoon Siew Phing
BA (Hons) Business & Management

4
Rashim Saini a/p Shamser Singh
BA (Hons) Business & Management

5
Heng Kuok Hoong
Diploma in Civil Engineering

6
Leon Pek Shih Shen
Diploma in Mechanical Engineering

7
Lee Wan Lin
Diploma in Construction Management

8
Chan Kin Mun
Diploma in Information Technology

9
Darsyne d/o Selva Kumar
Diploma in Mass Communication

10
Norfarhanis bt Mohd Fadzil
Diploma in Interior Design

11
Chan Wai Yi
Diploma in Interior Design

12
Florence Choo Jia Xin
Diploma in Marketing

13
Tan Xiang Wei
Diploma in Graphic Design

14
Evaatsanee d/o Nai Prased
Diploma in Mass Communication

15
How Teng Ni
Diploma in Accountancy

SEGi Group of Colleges since 1977 have provided recognised education which have earned them a mark of quality in the private education industry. As one of the leading private higher education and training providers in Malaysia, the Group has in total produced 350 First Class Honours graduates of universities worldwide.  

SEGi currently serves over 16,000 students through its 5 major campuses located in the Kota Damansara, Kuala Lumpur, Subang Jaya, Penang and Kuching, Sarawak. The group offers academic, professional and skills training, as well as job placement consultancy.

SEGi offers a wide range of recognised 3+0 degree, diploma and professional certification programmes in the areas of business and accountancy, engineering and information technology, creative arts and design, education and social sciences, nursing, and hotel management and tourism. American Degree Program is also offered through the SEGi School of Graduate Studies.

One of SEGi’s advantages is its consortium of global partners such as the University of Sheffield, University of Abertay Dundee, University of Greenwich, University of Sunderland, University of Southern Queensland, Upper Iowa University and University Airlangga. The Group has also formed strong partnerships with professional certification bodies of ACCA, CIMA, ICSA and LCCI.

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • The Ultimate Prom Nite Tajaan Nivea di 8TV
  • Concern at University of Wales Overseas Degrees
  • Dr Fazley Download Certificate Phd?
  • Senarai Peserta The Job di 8TV
  • Ekspresi Remaja TV9
  • Radhi Studi Go! terbitan 8TV Ciplak Tommy Lee Goes To College terbitan NBC?
  • Flop Poppy di With love Down Under Charity Gig
  • Advertorial: Maxis Brings Students Latest in Mobile Data Services
  • Fazley Letak Jawatan Pengarah Eksekutif Fazley International College
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood



  • 6 Komen untuk entri “8TV Taja RM1 Juta Kepada 15 orang Pelajar SEGi University College”

    1. dada kata:

      cine je? podah la 8tv.

    2. kin kata:

      1 jer melayu dari 15 org…jalan daa…8tv..apa ingat tak da anak melayu yg cemerlang ke…????

    3. Obefiend kata:

      @kin and @DADA

      anak melayu dah ada JPA, MARA, PETRONAS , Al Bukhari, etc etc <– 70% anak melayu dapat ni.. walaupun result tak sebaik anak cina atau anak india

      tak bole ke anak bukan melayu juga dapat skolership?

      btw

      SEGI

      bukan uni terbaik malaysia pun….. so kenapa hendak marah? anak melayu cemerlang semua dah dapat dah habuan diorang. tapi anak cina dan anak india cemerlang yang tak dapat hak diorang. kawan adik aku. india.. 10 A1 spm……..matrikulasi pun tak dapat! anak pemandu teksi.. last last kena amik form 6 je

      adil ke?

      so please

      stop being an ass wahai melayu. kita dah cukup mudah. dah cukup kuota. jangan nak jadikan isu perkauman pula

      memalukan bangsa sahaja komen kamu!

    4. gracia kata:

      owg melayu belum sedar diri lagi,insentif banyak tapi inisiatif tadak..

    5. KuMahir kata:

      betul tu…. ish

    6. CR7 kata:

      yupp..Obefiend right..org mlayu rmai da dpt scholar g further oversea.ada yg cmerlang ada yg kyreng pun dpt.so, its not an issue if bg chance kat other race plak dpt scholar..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK