in ,

8TV & ntv7 Menang Besar di Asian Television Awards ke-18

Sekali lagi rangkaian saluran hip 8TV yang sentiasa hadir dengan idea segar dan Saluran Ceria Anda, ntv7 membuktikan kualiti kandungan produksi tempatan mereka apabila berjaya mendapat pengiktirafan di dalam anugerah berprestij Asian Television Awards ke-18. Kejayaan itu diumumkan pada acara makan malam gala dan penganugerahan yang berlangsung di Resort World Sentosa, Singapura di mana anugerah itu memberi pengiktirafan terhadap rancangan-rancangan televisyen terbaik di rantau ini.

[dropcap]A[/dropcap]sian Television Awards (ATA) merupakan antara majlis anugerah yang cukup dinanti-nantikan oleh stesen-stesen televisyen di Asia. Anugerah ini diadakan untuk mengangkat dan mengiktiraf kerja-kerja individu sekaligus memberi penghormatan kepada bakat-bakat yang telah bekerja keras menghasilkan sesuatu yang kreatif di seluruh Asia. Memasuki tahun ke-18, ATA kekal sebagai satu-satunya acara yang cukup berprestij yang bukan saja mengiktiraf bakat malah mendorong kemajuan industri media serantau.

Coby Chong - Highly Commended title for Best Actor in a Leading Role (18th Asia TV Awards)2

Tahun ini ATA 2013 menyaksikan lebih 30 kategori dipertandingkan dan telah mendapat penyertaan yang cukup tinggi dari perlbagai penyiar termasuk stesen televisyen percuma dan berbayar serta dari syarikat-syarikat penerbitan bebas dari seluruh Asia.

Tahun ini, 8TV berjaya memenangi anugerah Lagu Tema Terbaik (Best Theme Song) untuk lagu ‘Serra Feilla’ yang dimuatkan dalam drama popular The Beat. Lagu ini dinyanyikan dan dicipta sepenuhnya oleh Yise Loo yang merupakan pelakon wanita utama untuk drama ini.

The Beat merupakan drama sempena Ulangtahun ke-8 8TV. Drama yang mengangkat tema tentang Seni Perkusi atau ‘Hands Percussion’ ini disiarkan di 8TV pada November 2012. The Beat dibintangi oleh Henley Hii, Yise Loo, Aric Ho, Tiffany Leong, Issac Dang dan Christy Yow mengisahkan tentang kehidupan lima anak muda yang punya cerita tersendiri dalam mengejar impian masing-masing.

“Ini merupakan satu penghormatan buat kami apabila memenangi anugerah yang cukup berprestij ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang pembikinan drama ini,” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

“Bersaing dengan individu-individu terbaik di rantau ini, kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk kami bekerja lebih keras. Sejajar dengan matlamat kami di 8TV, kami akan terus menghasilkan rancangan yang berkualiti dan bertaraf dunia untuk penonton kami!” tambah Airin.

Malam gemilang itu turut meraikan Saluran Ceria Anda, ntv7 yang bersinar dengan drama ulang tahunnya pada 2012 – Summer Brothers diiktiraf dengan gelaran pujian tertinggi untuk ‘Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama’. Penerima bagi gelaran itu disandang Coby Chong yang dilihat amat bersyukur di atas sokongan semua yang berada di dalam perjalanan dunia seninya selama ini.

“Saya harus berterima kasih kepada semua peminat yang menonton drama ulang tahun 2011 ntv7 iaitu ‘Forget Me Not’. Ini adalah kerana sokongan mereka terhadap rancangan itu menyebabkan lahirnya sebuah lagi drama olahan berbeza di dalam ‘Summer Brothers’. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan produksi dan barisan pelakon yang terlibat di dalam siri ‘Summer Brothers’ di atas hasil kerja mereka yang membanggakan,” kata Coby yang juga membawa pulang anugerah “Pelakon Terbaik” di dalam Golden Awards ke-2 tahun lalu kerana lakonan mantapnya di dalam Forget Me Not.

“Pengiktirafan yang diterima di acara Asian TV Awards yang ke-18 itu merupakan dorongan yang amat besar kepada ntv7 untuk meneruskan usaha kami sebagai peneraju kandungan tempatan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia,” kata Airin.

Summer Brothers

8TV dan ntv7 juga terdapat di Saluran 708 dan 107. Anda juga boleh melihat rancangan-rancangan kegemaran anda menerusi www.tonton.com.my. Sila ikuti perkembangan saluran kami menerusi ruangan media sosial:

8TV
Facebook: (Urban – 8TV | Chinese – badukongjian)
Twitter: @8tv
www.youtube.com/8tvaddicts
Instagram: (Urban – @8tv | Chinese – @8tvchinese)
Hashtag us at #8tv and follow our latest daily updates

ntv7
Facebook (Urban – ntv7 │Chinese – ntv7 中文)
Twitter (@ntv7)
Instagram (Urban @ntv7 │Chinese – @ntv7chinese)
Hashtag us at #ntv7 and follow our latest daily updates

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meeting Mandela A Staying Alive Special

Dana Krishen Jit-Astro Anugerahkan Geran Kepada Penggiat Seni Tempatan