in

8TV Anjurkan Street Performance Halloween

SESUATU YANG BARU DAN SEGAR DI 8TV STREET PERFORMANCE!

Buat julung-julung kalinya, saksikan ‘Street Performance’ yang dihoskan oleh 8TV Ba Du Kong Jian (Mandarin). Jangan ketinggalan untuk bertemu dengan personaliti-personaliti 8TV kegemaran anda antaranya Baki, Rickman, Orange, Natalie dan ramai lagi dalam beberapa siri persembahan jalanan!

Anda juga bakal dihiburkan dengan persembahan akrobatik, magik, seni mempertahankan diri dan permainan-permainan yang menarik dan menghiburkan! Apa yang lagi menarik ialah persembahan dari personaliti 8TV kegemaran anda! Adakah mereka akan menyanyi? Menari? Jika mahu mengetahui jawapannya, datanglah ke ‘Street Performance’ di lokasi-lokasi berdekatan anda!

Oktober ini, ‘Street Performance’ hadir dengan tema Halloween. Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik jika anda hadir dengan kostum Halloween paling menarik!

Bulan ini, ‘Street Performance’ akan diadakan di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 29 Oktober 2010 dan Auto City, Butterworth pada 30 Oktober 2010. Inilah peluang keemasan anda untuk beramah mesra dengan personality 8TV Baki Zainal, Rickman, Wind, Mei Sim, Orange, Ching Yee, Yee Ling! Anda juga bakal dihiburkan dengan persembahan dari Diablo, North South Shaolin Gymnasium, Fire Eaters dan Funky UX Force!

‘Street Performance’ 8TV juga akan ke Landmark Central, Kedah pada 26 November 2010 dan Kepong Village Mall pada 28 November 2010 dengan tema ‘sweet candy’! Temui personaliti 8TV – Desmond, Winson, Gary, Yoon dan Natalie yang bakal menghiburkan anda dengan aksi dan gelagat masing-masing!

Bulan Disember pula ‘Street Performance’ akan berada di Mahkota Parade, Malacca pada 11 Disember dan di Kluang Mall, Johor pada 12 Disember untuk meraikan hari yang cukup meriah bersama-sama dengan Rickman, Wind, Mei Sim, Orange and Natalie.

Untuk mengetahui siri ‘Street Performance’ sila rujuk jadual berikut:

29 Okt 6.00 petang Queensbay Mall, Penang Halloween

30 Okt 6.00 petang Auto City, Butterworth Halloween

26 Nov 6.00 petang Landmark Central, Kedah

28 Nov 6.00 petang Kepong Village Mall

11 Disember 7.00 petang Mahkota Parade, Melacca X’mas

12 Disember 12.00 tengahari Kluang Mall, Johor X’mas

Tandakan kalendar anda dan datanglah beramai-ramai ke ‘Street Performance’ di lokasi-lokasi berdekatan!

Antara selebriti yang terlibat.

natalie

Natalie

Gary-01

Gary

Desmond-01

Desmond

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Adira di Festival Filem 23

Sinopsis Filem Aku Tak Bodoh