in

7 Filem Hebat Temui Penonton RTM Menjelang 2010

Selama lima hari berturut-turut menjelang sambutan Tahun Baharu 2010, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tujuh buah filem hebat yang diyakini mampu memenuhi selera penonton setia salurannya. Apatahlagi variasi filem-filem yang dipilih menghiburkan penonton turut mengutamakan konsep 1 Malaysia dengan tayangan filem Melayu, Cina dan Tamil selain filem Inggeris yang menjadi tarikan semua lapisan khalayak masyarakat.

Pada 26 Disember 2009 (Sabtu), jam 10.00 malam disiarkan Titanic, 27 Disember 2009 (Ahad) disiarkan tiga filem The Gift, jam 4.00 petang, Kala Mala Bulan Mengambang, jam 8.30 malam dan Marudhamalai, jam 10.30 malam, pada 28 Disember 2009 (Isnin) disiarkan pula filem Laksamana Do Re Mi, jam 9.30 malam manakala 9 Disember 2009 (Selasa) disiarkan Ghajini, jam 10.00 malam sebelumnya kemuncaknya RTM menyiarkan filem Kung Fu Hustle, jam 10.00 malam pada 30 Disember 2009 (Rabu).

Titanic yang mencetus fenomenanya tersendiri kalangan penonton sekitar tahun 1997 yang memperkenalkan nama-nama aktor tersohor seperti Leonardo DiCaprio, Kate Winslet, Billy Zane, Kathy Bates, Frances Fisher dan Gloria Stuart ini mengisahkan watak Jack Dawson yang telah memenangi percutian atas Kapal RMS Titanic.

Pada masa yang sama, Rose Dewitt Bukater menaiki kapal yang sama bersama tunangnya, Cal Hockley. Rose tidak gembira dengan tunangnya. Apakah yang berlaku seterusnya antara Rose dan Jack apabila satu hari mereka bertemu secara tidak sengaja dan jatuh cinta buat kali pertama?

Menyusul kemudiannya filem bergenre thriller supernatural The Gift yang berlegar sekitar watak Annie (Cate Blanchett), seorang ibu tunggal yang membesarkan tiga orang anak lelaki di sebuah bandar kecil di Brixton. Dia terlibat dalam misteri pembunuhan dan cuba menyelesaikannya dengan usahanya sendiri. Dibintangi watak utama. Dalam pada itu, Valerie diminta untuk meninggalkan suaminya yang sering menderanya. Filem arahan Sam Raimi ditayangkan sekitar tahun 2000 ini membariskan lakonan Giovanni Ribisi, Keanu Reeves, Hilary Swank, and Katie Holmes.

Diteruskan pula dengan filem hebat pembikin filem tersohor Mamat Khalid bertajuk Kala Mala Bulan Mengambang yang juga filem ’noir’ Malaysia. Filem dijayakan wataknya oleh Rosyam Nor, Umie Aida, Farid Kamil, Avaa Vanja, Corinne Adrienne, Bront Palarae dan Kuswadinata, filem terbitan Suhan Movies Trading Sdn Bhd ini merungkai misteri kehilangan pemuda di pekan Senduduk Rimbun pada setiap kali purnama mengambang. Saleh sebagai bekas wartawan bertindak menyiasat minteri yang berlaku namun berjayakah matlamatnya itu?

Filem Tamil Marudhamalai pula berkongsi kisah seorang konstabel polis yang ditukarkan ke sebuah perkampungan dikenali sebagai Nachiapuram. Kampung itu dijaga oleh seorang lelaki yang berpengaruh bernama Lal. Dia akan memastikan tidak berlakunya pilihan raya di kampung tersebut dan sesiapa yang ingkar akan dibunuh. Filem ini menyaksikan lakonan berkesan Arjun, Nila dan Vadivelu.

Usah ketinggalan bergelak ketawa dengan lakonan Tan Sri P.Ramlee, A.R Tompel dan Ibrahim dalam filem Laksamana Do Re Mi, kisah tiga sahabat Do Re Mi yang mendapat anugerah sakti daripada Puteri Buluh Betung yang mereka selamatkan. Dengan anugerah ini mereka membantu sebuah kerajaan yang diganggu oleh Pasola. Pelbagai aksi lucu yang berlaku sepanjang cerita ini.

Peminat filem-filem Hindustan pula usah ketinggalan menyaksikan Ghajini menghimpunkan aktor ternama Amir Khan bergandingan dengan Asin dan Jiah Khan membawakan plot cerita watak Sanjay Singhania yang telah diserang penyakit ’pelupa’ dan hanya mampu mengingati sesuatu perkara dalam masa 15 minit sahaja. Begitu pun dia hanya mengingati satu perkara iaitu cinta.

Kemuncaknya RTM menayangkan filem aksi komedi Hong Kong tahun 2004, Kung Fu Hustle yang mengisahkan watak Sing terpaksa berusaha keras untuk menjadi anggota Kumpulan Kelompok Kapak. Geng Kapak berusaha untuk menguasai sebuah wilayah. Penduduk wilayah tersebut adalah master kung fu yang menyamar sebagai warga biasa. Sing sedar bahawa dirinya telah ditakdirkan untuk melindungi wilayah tersebut dengan mempertaruhkan nyawanya. Aksi hebat dalam filem ini dijayakan oleh Stephen Chow dan Yuen Wah.

Justeru pastikan anda menjadikan Saluran Dunia Ria, TV2 pilihan terbaik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan 2010 Dengan Program Menarik di TV3

Twisties Bingit Gegarkan Penang