in

7 Filem Animasi Menghiburkan di RTM

7 FILEM ANIMASI MENGHIBURKAN DI RTM : KHAS CUTI SEKOLAH

7 filem animasi hebat di TV2 setiap jam 3.00 petang yang membariskan filem Hammer Boy (17 Disember 2009), Monster House (21 Disember 2009), Mulan (22 Disember 2009), Open Season (23 Disember 2009), The Nuttiest Nutcracker (24 Disember 2009), The Increadibles (28 Disember 2009) dan Chicken Little (29 Disember 2009).

Hammer Boy tampil dengan kisah budak lelaki dikenali sebagai Mangchi membesar di Pulau Candlestick sejak dilahirkan. Dia sentiasa membawa bersamanya tukul besi yang dianggap mampu menyelesaikan segala masalah yang dilaluinya sekaligus mencapai segala keinginannya. Begitupun sebenarnya Mangchi tidak menyedari bahawa tukul besi yang sentiasa di bawanya itu memiliki kuasa luar biasa untuk menyerang musuh yang berada di sekelilingnya saptu-persatu. Namun menariknya menonton Mangchi beraksi seolah-olah menyaksikan gambaran anda sewaktu zaman kanak-kanak.

Monster House Secara tidak sengaja, DJ yang ditinggalkan keluarganya yang keluar meraikan sambutan Halloween cuba untuk menjejaki siapakah jirannya yang tinggal di lorong sempit di pinggir bandar. Namun DJ tidak bersendirian dalam misinya kerana turut melibatkan sama dua teman baiknya, Chowder dan Jenny. Untuk keluar, DJ memberikan alasan kepada nenek yang menjaganya bahawa dia mahu keluar bermain bola sepak dan berbasikal bersama teman-temannya. Ketika sedang bermain, bola yang ditendang mereka melepasi rumah ‘misteri’ itu. Ketika itu bermulalah episod penyiasatan mereka membongkar rahsia ’misteri’ pada malam Halloween itu.

Mulan Mulan satu-satunya anak gadis daripada keluarga kehormat. Ketika Hun menguasai China, setiap anak lelaki diwajibkan untuk menyertai pasukan tentera. Ayah Mulan kerana tidak memiliki anak lelaki bertindak untuk turut sama menyertai tentera demi mempertahankan negara mereka. Begitu pun Mulan berfikiran sebaliknya kerana dia mahu mengambil tempat ayahnya dengan menyamar sebagai lelaki. Dia bernasib baik kerana penyamarannya gagal dikesan dan selamat menjalani latihan ketenteraan. Tapi apakah yang berlaku bila satu hari rahsia identiti dirinya terbongkar?

Open Season Sejenis beruang berbulu kelabu yang boleh didapati di Amerika Utara, Boog yang hidup dalam keadaan serba sempurna namun setelah bertemu dengan seekor rusa dikenali sebagai Elliot segalanya berubah. Elliot terkenal dengan kebolehannya bercakap selain bentuk fizikalnya yang kurus kering. Kedua-duanya bersama-sama menyertai pertandingan berburu yang menarik dengan haiwan hutan yang lain.

The Nuttiest Nutcracker Ketika meraikan sambutan Krismas, Marie mengerti kepentingan untuk percaya diri sendiri apabila dia menerima hadiah kenderaan ajaib yang mampu membawanya ke Christmas Kingdom. Marie tertidur ketika menanti keluarganya lalu membuka dunia ajaib Putera Nutcracker, hadiah pemberian bapa saudaranya. Bersama sekumpulan kekacang yang kelakar diketuai Cheech Marin dan Sugar Plum Fairy, Marie membantu Putera Nutcracker mendapatkan semula negaranya daripada taklukan Reginald dan syaitan Mouse King.

The Increadibles

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Kamera Digital Di Roadshow Kalau Keju Mesti Kraft

Movie Day Out Sensasi Selebriti Filem NINJA ASSASIN Ke-2