in

Forum Perdana Ehwal Islam Bincang Tajuk BAHAGIA TAPI LESU

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal mengupas tajuk istimewa, “Bahagia Tapi Lesu” menerusi program bual bicara Forum Perdana Ehwal Islam. Program itu bakal disiarkan secara langsung dari Dewan Serbaguna Bandar Segamat Baru, Segamat Johor pada 7 Januari ini, jam 9.05 malam di saluran TV1.

Diskusi ilmu “Bahagia Tapi Lesu” itu akan membincangkan berkaitan penyalahgunaan dadah dengan berdasarkan Hadith Nabi S.A.W dari Ummu Salamah, bahawa Nabi melarang setiap perkara yang memabukkan dan melesukan. Selain fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama Islam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, turut memutuskan bahawa sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya haram dan hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan yang sah mengikut syarak.

Dianjurkan oleh Persatuan Mencengah Dadah Malaysia PEMADAM dengan kerjasama pejabat ADUN Segamat, fokus perbincangkan itu akan dikendalikan oleh moderator Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, serta menampilkan ahli panel jemputan Ustaz Dr. Shauqi Othman dan Ustaz Dr. Hj. Mohd Farid Ravi Abdullah.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Realiti SEMANIS FONDANT Ajar Cara Hias Kek

Ulasan Pembaca & Penonton Filem THE FOREST