in

ACAB, Naratu & Plague of Happiness Gegarkan Rock The World 15

ACAB, Naratu & Plague of Happiness Gegarkan Rock The World 15! Rock the World, festival muzik Rock terbesar di Malaysia kembali lagi untuk tahun ke-15, dengan penaja utama Tune Talk sejak 2011.

Acara tahun ini lebih meriah dengan 3 pentas yang berlangsung serentak serta penglibatan lebih 60 penjual makanan & minuman, ‘food trucks’ dan label-label tempatan. Lebih menarik, barisan artis untuk Rock The World 15 tahun ini memaparkan perintis untuk muzik ‘underground’ – ACAB, Plague of Happiness, Subculture, Naratu, serta 40 artis tempatan yang lain.

Untitled

ACAB

Festival ini akan bermula pada jam 12 tengahari di Carpark A, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Rock the World akan meneruskan tradisi tahun- tahun yang sebelumnya dimana pada jam 6 petang, akan berlangsungnya ‘color mosh’. Mengimbangi antara Pentas ‘Noisy’ (genre hardcore), Pentas ‘Indie’ (genre indie) serta Pentas Utama, penganjur #RTW15 berharap peminat-peminat
terhibur dengan festival tahun ini.

Selain dari itu, peminat Rock The World boleh membuat pembelian pakej istimewa di pusat jualan online Tune Talk di www.shop.tunetalk.com. Pengguna Tune Talk juga boleh memperoleh mata ganjaran yang besar untuk #RTW15.

Untitled

PERKARA : Rock the World 15 (#RTW15) mengumumkan barisan artis dan jualan tiket di pasaran

TARIKH : 12 December 2015 (Sabtu)

MASA : 12pm hingga 11pm (pagar dibuka jam 11am)

TEMPAT :Carpark A, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur WEBSITE : www.rocktheworld.com.my

MEDIA CONTACT : Farahrizan Razak, 012-367-8060

Tiket #RTW15 kini boleh dibeli di semua kedai Rock Corner seluruh Malaysia pada harga RM35 serta pada hari festival juga (terhad).

Maklumat mengenai festival boleh didapati di laman sosial media rasmi #RTW15:

Facebook :rocktheworldfestival Twitter :RockTheWorldMy Instagram :rocktheworldmy YouTube :Rock The World Hashtag : #RTW15, #TTXRTW

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TGV Cinemas Anjur Tayangan STAR WARS: THE FORCE AWAKENS Selama 7 Jam

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sambutan Ulangtahun Rizman Ruzaini Ke-10 Tahun