in

TV1 Siar 1 Famili Teratak Kebahagiaan Mithali

Sama ada anda berperanan sebagai seorang ibu, ayah, anak, adik, abang mahupun kakak, kesemua pengisian di dalam rancangan majalah kekeluargaan terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “1 Famili : Teratak Kebahagiaan Mithali” ini pastinya berkaitan dengan anda.

Telah pun mula bersiaran sejak 20 November lalu, setiap Jumaat, pukul 10.30 malam di TV1, “1 Famili : Teratak Kebahagiaan Mithali” merupakan program majalah yang diterbitkan khas menceriakan dan memberi motivasi untuk tontonan seisi keluarga. Program 13 episod ini menampilkan pengacara Aidid Marcello.

Tokoh, Selebriti dan Cara Tangani Masalah Anak Dalam 13 Episod Program “1 Famili : Teratak Kebahagiaan Mithali” Di TV1

Dalam segmen pertama iaitu segmen Personaliti, penonton bakal berkenalan dengan seorang tetamu istimewa atau tokoh yang bukan sahaja menjadi kebanggan ahli keluarganya, tetapi turut menjadi idola ramai ramai di serata pelusuk negara. Segmen Personaliti mengundang tetamu antaranya Siti Fatonah Arbain, Datuk Rajamani Mailvaganam (atlet sukan olahraga), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman (pengasas D’Herbs), Datuk Sazali Samad (ahli bina badan antarabangsa), Zainal Abidin Hassan (legenda bola sepak), Hajah Busu binti Abdul Majid (tokoh ibu mithali), Puan Sri Maniseh Adam (patron pink ribbon), Kalavathy Rasalingam (ahli perniagaan jutawan), Peggy Cheng Poh Guat (ahli perniagaan), dan Saiful Nang (jurufoto profesional).

Kemudiannya bersantai di dalam segmen kedua, segmen Famili Dinamik, di mana kita bersama para selebriti dan ahli keluarga mereka menerokai pelbagai aktiviti rekreasi yang menjadi kegemaran mereka.

Segmen Famili Dinamik mendekati ahli keluarga pelakon Fazreen Rafi menerusi aktiviti rekreasi kegemaran mereka iaitu berenang, Syed Aiman melakukan aktiviti go kart, Zed Zaidi bersama famili melawat Zoo Negara, Datuk Jalaluddin Hassan melakukan aktiviti memanggang dan berbeku, Dira Abu Zahar bersama famili bermain badminton, Joey dan Watie aktiviti berjogging, Zack Kool dan keluarga berkelah, Khairil Anwar melakukan Jump Street, Zamarul Hisyam aktiviti berbasikal, Yatt Hamzah aktiviti menunggang kuda, Nadia Mustafar memacing bersama keluarga, Cat Farish bermain boling dan, Sharifah Shahora aktiviti memanah.

Seterusnya, dalam segmen terakhir, kongsikan kisah suka duka dan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan anak-anak dalam segmen Anakku Sayang. Segmen ini membantu orang ramai menangani permasalahan jenayah siber melibatkan anak-anak, perubahan mental dan fizikal di kalangan remaja, mengendalikan aspek kewangan dengan baik, membentuk ikatan erat silaturahim antara ahli keluarga, perancangan memaksimumkan penggunaan wang di kalangan anak-anak, konflik cinta dan remaja, menentukan kerjaya dan masa depan berdasarkan minat anak, komunikasi yang effektif di antara ibu bapa dan anak-anak.

Turut diketangahkan permasalahan akibat gejala buli, nasib anak-anak dibesarkan oleh ibu bapa tunggal, kesihatan reproduktif remaja, keselamatan kanak-kanak daripada jenayah, dan Latchkey Child iaitu kanak-kanak yang membesar tanpa jagaan ahli keluarga atas sebab-sebab tertentu.

Pastikan anda meluangkan masa menonton program penuh bermanfaat untuk seisi keluarga ini hanya di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert RETROFEST ASIA 2015 di Sunway Lagoon

Muat Turun & Tonton Movie Secara Offline di iFlix