in ,

Radio Hot FM Kembali Hangatkan HOT JAM

Kali terakhir Hot FM muncul dengan konsert Hot FM Big Jam adalah pada 2012 yang bertempat di Kuala Terengganu. Kali ini dengan penjenamaan baharu yang lebih mantap dan segar, Hot FM Hot JAM bakal berlangsung pada 18 April 2015 di Juru Auto City, Pulau Pinang dengan barisan artis yang popular masa kini.

Sinonim dengan ulangtahun ke-9 Hot FM pada Februari lalu, 9 artis akan menghangatkan pentas Hot Jam yang dijangka bermula pada jam 4 petang hingga 7 malam.

Saksikan secara langsung persembahan mantap oleh Dayang Nurfaizah bersama juara mentor musim terbaharu iaitu Azmir, Awi Rafael, Altimet, Forteen serta pemenang Projek Muzik musim pertama iaitu Hani & Zue. Turut sama menambahkan suhu termometer Hot Jam adalah band Bunkface dan Akim & The Majistret.

Selain itu, Shae penyanyi asal Indonesia turut turun padang untuk menghiburkan pengunjung pada petang tersebut. Bagi peminat Faizal Tahir yang merindui persembahan agresifnya, penyanyi itu juga akan turut bersama untuk memukau hati pengunjung Hot Jam nanti.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Rangkaian Radio Media Prima, Puan Anida Tahrim:

“Perkataan “Jam” itu sendiri sudah sangat sinonim dengan Hot FM. Kita menerima banyak pertanyaan tentang “kehilangan” siri “jam” sejak 2 tahun kebelakangan ini. Berdasarkan maklum balas serta pendapat pelbagai pihak, tahun ini kami kembali merealisasikan siri “Jam” untuk menemui pendengar kami kali ini, khususnya mereka di utara tanahair. Selain mengetengahkan karya-karya terbaharu dari artis-artis popular terkini, konsert ini juga berobjektif untuk mengenali pendengar kami sama ada yang baharu atau yg sudah setia sejak 9 tahun yang lalu.

Apatah lagi, di Hot FM, kami mempunyai muka baharu sebagai penyampai yang perlu diketengahkan kepada masyarakat secara umumnya kerana kami percaya kekuatan sesebuah stesen itu bukan sahaja melalui pengisian malah menerusi hubungan baik dan mesra antara stesen dan pendengar kami. Ini adalah penting kerana di Hot FM karektor mereka yang pelbagai seperti selamba, mudah mesra dan humoris di konti adalah asli dan kerana itu kami ingin pendengar untuk menemui mereka dan merasai pengalaman beramah mesra bersama mereka.”

Menjadi kelaziman Hot FM, siaran luar secara langsung (OB) juga bakal diadakan di tapak konsert bagi mendedahkan cara operasi sebenar kepada pengunjung.

Di situ juga, pengunjung berpeluang utnuk berinteraksi secara langsung dengan barisan penyampai radio Hot FM yang terdiri daripada muka baharu dan lama seperti Fara Fauzana, AG, Ikhwan, Deen, Fizie, Haziq, Liza serta juara Projek Radio, Tun Nadia. Sessi OB ini akan bermula pada jam 2petang dan berakhir pada jam 4 petang.

Bagi mereka yang berada di luar kawasan utara tanahair ataupun yang tidak berekesempatan untuk turut merasai kemeriahan Hot Jam, mereka boleh mendengarkan siaran langsung konsert terssbut melalui frekuensi Hot FM seluruh Malaysia.

Informasi lanjut dan terkini mengenai Hot Jam ini boleh didapati melalui laman media sosial rasmi iaitu hotfm976 bagi Facebook, Twitter dan Instagram.

Nantikan kehangatan pecah pentas Hot Jam daripada barisan artis serta penyampai Hot FM pada 18 April 2015 di Juru Auto City, Pulau Pinang dari jam 2 petang hingga 7malam. Simpan tarikh tersbut untuk janji temu anda bersama Hot FM!

Selain itu, Hot FM turut menghadiahkan wang tunai sebanyak RM500 sehingga RM1000 menjelang Hot Jam ini melalui Hot Jam Trivia.

Caranya mudah, pendengar harus menjadi pendengar yang ke-9 menebusi talian hangat Hot FM dan sekiranya mereka berjaya menjawab soalan trivia mudah yang berkisarkan Hot Jam, wang tunai tersebut milik mereka. Hot FM Jam Trivia ini akan berlangsung selama dua minggu bermula 6 April 2015 hingga 17 April 2015.

Trivia menarik:

Hot Jam dahulu dikenali sebagai Hot FM Big Jam dan berlangsung sebanyak 5 edisi yang bertempat di Dataran Shah Alam (2007), Dataran Petaling Jaya (2008), Danga Bay, Johor Bahru (2009), Pulau Pinang (2010) dan Kuala Terengganu (2012).

Pulau Pinang merupakan satu-satunya lokasi yang diulang sebanyak dua kali iaitu 2012 dan 2015.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AWESOME DAY ONE AT AIFFA 2015

Video ABPBH 2014 Trending di Youtube Malaysia