in ,

5 Sebab Anda Patut Ke Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza akan menyanyikan 35 buah lagu tradisional bersama dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dalam konsert solo irama tradisional pertamanya yang diberi nama ‘Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza’

Ini sangat ohsem dan Budiey pastikan diri Budiey menghadirinya. Bayangkan bila penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza akan menyanyikan 35 buah lagu tradisional bersama dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dalam konsert solo irama tradisional pertamanya yang diberi nama ‘Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza’ di Istana Budaya dari 20 hingga 22 September ini.

Hohmaigod! Tak sabar rasanya. Sebab dah lama tak dengar konsert tradisional Siti. Lagi pun, kali terakhir muncul dengan album berentak tradisional pada penghujung tahun 2008 menerusi album ‘Lentera Timur’. Kiralah sendiri berapa tahun.

[dropcap]P[/dropcap]enyanyi nombor satu Malaysia ini telah menyatakan yang dia berjanji untuk membawakan kelainan dalam persembahannya. Bukan sekadar menyampaikan lagu-lagu yang telah menjadi kebiasaan untuknya seperti Asli, Joget, Inang, Zapin, Keroncong dan Masri, malah Siti juga akan membawakan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikannya dalam mana-mana persembahan seperti lagu yang berentak Dikir Barat dan Makyong. Thats great, pastinya akan ada kumpulan dikir barat akan mengegarkan Istana Budaya nanti ni.

Poster Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza

Poster Rasmi Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza

Pastinya konsert ini menjadi satu simbol dalam sejarah perjalanan seni dan monumen seni Siti Nurhaliza yang telah menjejak usia 18 tahun. Diterbitkan oleh Istana Budaya dan Siti Nurhaliza Productions (SNP), konsert yang dinamakan ‘Lentera Timur’ ini bakal menggambarkan bagaimana irama tradisi negara kita ini akan terus kekal bersinar hingga akhir nanti.

“Saya teruja kerana inilah konsert tradisional pertama saya. Sudah lama saya idamkan dan akhirnya hasrat saya bakal terlaksana,”

“Konsert ini bakal mengambil masa selama dua jam. Seleksi pilihan lagu pada malam pertama hingga ketiga akan sama, tapi tak tahulah kalau-kalau ada pertukaran di saat-saat akhir. Pihak kami (Istana Budaya dan SNP) ada perancangan untuk merakamkan konsert ini kerana kami merasakan konsert ini sangat menarik kerana menampilkan lagu-lagu tradisional, tapi semuanya masih dalam perbincangan.”

– Dato’ Siti Nurhaliza

Pengarah muzik ternama, Mohd Yazid Zakaria dari OTM dan Aubrey Suwito bakal berganding bahu dalam memberikan sentuhan magis untuk menggubah dan menyusun lagu-lagu yang bakal dialunkan oleh suara emas Siti. Konsert ini juga akan menampilkan penggiat seni berpengalaman, Lokman Ghani selaku pengarah konsert.

Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza

Kesimpulannya kat sini, Budiey nak kasi 5 Sebab Mengapa Anda Patut Ke Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza:

  1. Ini adalah konsert tradisional pertama Dato’ Siti Nurhaliza yang pastinya akan menjadi satu sejarah yang tak akan dilupakan.
  2. Gabungan kesemua muzik asli dan tradisional serta turut mengundang seni tradisi dari Kelantan iaitu Mak Yong & Dikir Barat
  3. Sebanyak 35 buah lagu tradisional dialunkan dengan latar instrumen muzik pelbagai kaum  & muzik orkestra bakal mencipta satu aura seni yang mengkagumkan. Tak percaya, tengoklah.
  4. Dijayakan oleh pengkarya seni terkenal, pemuzik berpengalaman, penggiat seni berkaliber, pemuzik handalan dan pastinya seorang penyanyi yang cukup berkarisma.
  5. Akhir sekali, Budiey rasa anda patut datang sebab… ya… konsert ini jarang sekali dibuat oleh SNP dan memang menarik & ohsem!

Bagi yang berminat untuk menyaksikan sendiri alunan merdu paduan vokal Siti bersama alunan muzik mengasyikkan dari OTM, jangan lupa untuk mendapatkan tiket anda untuk menjadi saksi kehebatan konsert irama tradisional yang julung kali diadakan ini.

Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza bakal berlangsung di Istana Budaya dari 20 hingga 22 September ini jam 8.30 malam

Persembahan konsert yang dinamakan Konsert Lentera Timur yang membawa maksud cahaya timur yang digarapkan dalam 1suara, 1impian dan 1malaysia dengan penampilan tidak kurang dari 40 orang pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta kepelbagaian instrumen muzik antaranya rebab, serunai, gambus, sape, perkusi, gaohu, zhonghu, sauna, dizi, erhu dan sitar. Lagu-lagu yang disampaikan adalah mencakupi elemen muzik 1malaysia dimana lagu-lagu ini juga akan digubah dalam bentuk lebih harmoni.

Gubahan ini bakal menjadikan konsert ini lebih hebat dan dikenang penonton. gabungan di antara Dato’ Siti Nurhaliza dan OTM ini bukan sahaja diharap menarik minat audiens melayu tetapi peminat-peminat muzik pelbagai kaum.

Tujuan sebenar konsert ini adalah untuk menghidupkan semula irama-irama agar tidak lapuk dan menyemarakkan lagi remaja untuk mencintai muzik tradisional yang seakan dilupakan, selain konsert ini sendiri mewarnai corak persembahan Dato’ siti Nurhaliza. Gaya persembahan ala konsert di mana Dato’ Siti Nurhaliza akan menyanyi dan berinteraksi bersama penonton.

Berbeza pula dengan muzikal di mana segmen ini telah dibuat jalan cerita berdasarkan lagu-lagu yang akan dinyanyikan. Dato’ Siti Nurhaliza hanya menyanyi dan melakonkan sedikit watak-watak di dalam lagu tersebut. Konsep muzikal ini dibuat lebih dari satu segmen.

Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza

Macamana Nak Dapatkan Tiket Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza?

Untuk tempahan tiket boleh hubungi hotline 03-8773 4666 (9.00 pagi hingga 6.00 petang). Tiket-tiket dijual dengan harga RM78, RM108, RM218, RM238, RM278, RM338 dan tempat duduk emas dijual dengan harga RM518 atau lawati laman web di pautan www.airasiaredtix.com.

Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hari Kejutan Time To Reload Win A Watch

Keunikan Majlis Pelancaran Astro Celebrates Merdeka