in

3rd Kuala Lumpur Bike Week 2011

3rd KUALA LUMPUR BIKE WEEK 2011

Kuala Lumpur bakal bergema kembali dengan raungan motosikal berkuasa tinggi dan kecil menyusuri sepanjang jalanraya dan lebuhraya menuju ke Lanai Seni MATIC, Jalan Ampang sempena acara tahunan KUALA LUMPUR BIKE WEEK (KLBW).

Acara anjuran RED GARAGE Malaysia memilih tapak Lanai Seni, MATIC Jalan Ampang yang bersebelahan dengan Saloma Bistro sedikit sebanyak mempromosikan MATIC kepada pelancong penunggang motosikal dari negara jiran.

IMG_4446

Dianggarkan kehadiran para penunggang seramai 3,000 penunggangg motosikal dari serata pelusuk tanah air yang menantikan saat yang gemilang ini untuk berlangsung seperti wilayah Timur, Utara serta Selatan, dan semuanya berkumpul untuk meraikan kehadiran masing-masing.

KLBW 2011 merupakan acara yang mengumpulkan ribuan pengguna, penggemar, peminat serta pengumpul motosikal berkuasa tinggi sekali gus memartabatkan bahawa penunggang motosikal berpersepsi kurang baik seperti mana yang dilabelkan oleh masyarakat sekeliling.

Menurut pengerusi program, Muhd Idi Iskandar Abu Zahar, beliau menegaskan bahawa ini merupakan acara untuk meraikan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan rendah disamping mengeratkan lagi silaturahim antara kelab-kelab motosikal tempatan, malah tema turut diketengahkan dengan slogan “LOVE RIDE NOT WAR”.

Beliau turut menambah bahawa dengan adanya acara sedemikian, penunggang tidak lagi ketandusan untuk mencari acara sedemikian di luar negara seperti Thailand, sekali gus menarik minat penunggang pelancong luar negara seperti Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia dan Australia juga.

Tidak lupa juga penglibatan para penaja seperti HARLEY DAVIDSON KUALA LUMPUR, INDIAN MOTORCYCLES, DUCATI MALAYSIA, NAZA WORLD OF BIKES, APRILLIA, VESPA, PIAGGIO, dan NAZA BIKES yang pasti akan memeriahkan lagi suasana kelak. Mereka turut akan mengadakan promosi khas untuk KLBW 2011.

Selain itu, pelbagai acara dan gerai jualan bakal disediakan seperti gerai jualan oleh para pengiat seni pembinaan motosikal, jualan baju-baju lama serta acara yang sentiasa yang dinantikan “sunset ride” atau konvoi waktu petang.

Turut bakal berada di cara tersebut merupakan gerai jualan produk RED GARAGE seperti pakaian, Majalah myCHOPPERZ, alat ganti motosikal berjenama seperti West Coast Choppers, Exile Cycles, Extreme Machine Wheels, Indian Larry Motorcycles dan banyak lagi. Turut hadir Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan merangkap Exco Pemuda Umno bakal memeriahkan lagi suasana perasmian.

Muhd Idi Iskandar Abu Zahar, Pengarah Urusan Red Garage Malaysia

Datin Zaiton Ali Pengarah Pusat Pelancongan MaTiC

dari kiri Adam Kasim Naza World, Ariff Hotfm, Zaiton Ali MaTiC, Muhd Idi Iskandar Pengarah RED GARAGE, Ali XPDC wakil artis

Mengenai RED GARAGE
RED GARAGE Enterprise merupakan sebuah syarikat bumiputra yang mula bertapak pada tahun 2008, di Bandar Baru Bangi. Mempunyai pelbagai produk sampingan seperti Majalah myChopperz, Pengedar rasmi untuk Exile Cycles, West Coast Choppers, Easyriders Roadware, Indian Larry Motorcycles, Biltwell Inc dan Extreme Machine Wheels USA.

Acara yang bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2008 seperti jamuan makan meraikan anak-anak yatim tempatan bersama rakan penunggang motosikal yang lain (LOVE RIDE NOT WAR BIKE MEET) yang bertempat di ibu pejabat RED GARAGE Bandar Baru Bangi sehinggalah ke acara gilang gemilang seperti KUALA LUMPUR BIKE WEEK yang bertempat di perkarangan parkir MATIC, Jalan Ampang.

RED GARAGE sentiasa mengamalkan tangan terbuka dan tidak diskriminasi terhadapa apa saja jenis mototsikal atau sukan permotoran dari jenis kapcai sehinggalah yang berkuasa tinggi. RED GARAGE sentiasa menyokong mana-mana penganjur acara permotoran di Malaysia, sejauh SABAH & SARAWAK demi memartabatkan industri permotoran MALAYSIA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fly Daily From Kuala Lumpur to Palembang With AirAsia

School Break Special On 2