in , ,

2BIC Pertaruh Vokal Power Walaupun Berbadan Chubby

Kalau kita tengok pada gaya penampilan dua lelaki gempal bersuara husky yang menggelarkan diri mereka sebagai 2BiC ini, mungkin ia nampak sesuatu yang ganjil sebab mereka tak kelihatan seperti penyanyi k-pop lain yang kacak dan berwajah ‘jambu’.

Untuk situasi yang agak luar biasa ini, Budiey anggap sesuatu yang agak rare dalam senario muzik Korea yang mementingkan imej ‘jambu’, tetapi Ji-hwan dan Jun-Hyung mempunyai teknik vokal dan suara yang power penuh perasaan yang boleh dipertaruhkan dan ini boleh meniup persaingan untuk kumpulan k-pop yang lain.

2Bic
Jun-Hyung (Kiri) & Ji-Hwan (Kanan)

Bagi yang tak pernah dengar suara mereka, korang boleh buat carian di Youtube. Banyak lagu diorang.

“Saya tahu apabila anda melihat kami, pasti anda berfikir kami bukannya penyanyi seperti kumpulan di Korea yang segak bergaya. Malah lebih kelakar ramai yang kata kami adalah pelawak, ye lah, lihat pada badan kami yang comel dan besar ni. Tetapi apabila kita nyanyi je, kami amat ikhlas … dan saya rasa orang boleh faham dan dapat terima kami seadanya. ”

– Ji-Hwan

Selepas belajar sekolah menengah, Ji- hwan pergi ke kolej tetapi memutuskan untuk meninggalkan untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi. Salah seorang kawan beliau membantunya filem dan memuat naik beberapa video YouTube dirinya dan suara penyanyi itu akhirnya meraih perhatian ketua agensi bakat tempatan, Nextar Entertainment.

“Sewaktu kanak-kanak, saya tak berapa minat sangat nak menyanyi. Tetapi semasa saya berada di sekolah menengah, saya selalu juga pergi ke pusat karaoke bersama rakan-rakan saya dan saya menerima banyak maklum balas positif mengenai suara saya. Selepas itu, saya mula menjadi lebih berminat dalam dunia nyanyian dan dalam muzik. “

– Ji-Hwan

Bakat mereka banyak dibantu oleh komposer Cho Young-Soo. Kedua-dua mereka yang membuat kemunculan pertama di khalayak ramai pada Mac 2013 ini tidak sangka dapat menubuhkan sebuah kumpulan duo vokal walaupun mereka berkawan dan belajar di kolej yang sama. Malah, Ji- hwan sendiri merasakan rasa ghairah untuk menubuhkan sebuah kumpulan 2BIC ini kerana merasakan dah tiba masanya untuk menunjukkan bakat mereka kepada dunia meskipun mempunyai fizikal yang berisi.

“Selepas berlatih selama setahun, saya fikir bahawa menyanyi secara solo tidak berapa sesuai dan saya perlu mencari seorang lagi untuk buat grup duo, dan saya rasa itu akan lebih sesuai, jadi saya memutuskan untuk mencari pasangan duo di kalangan kawan-kawan yang saya ada. Dan saya berjumpa dengan Jun-Hyung dan dia bersetuju untuk tubuh grup 2Bic.”

– Ji-Hwan

Pada mulanya, mereka mencadangkan untuk menamakan diri mereka 2Big, merujuk kepada ahli-ahli menjadi dua lelaki besar. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa orang ramai tidak mungkin mengambil bersinar kepada nama tersebut.

Jadi ia telah memutuskan bahawa mereka akan dipanggil 2BiC , yang bermaksud “untuk diteruskan”. Pada awalnya, Jun-Hyung & Ji-Hwan dikatakan kembar sebab wajah masing-masing saling tak tumpah. Bentuk badan pun lebih kurang sama.

2Bic

Grup duo ini telah melancarkan single pertama mereka di bawah label 2BiC pada Mac tahun 2012 bertajuk “Made Yet Another Women Cry ,” yang mana mereka telah mempamer tenaga vokal yang sangat strong dan setaraf dengan vokal penyanyi antarabangsa.

“Saya tahu tajuk lagu ini membuatkan kita jenis kelihatan seperti player, tetapi itu bukan apa yang kita dimaksudkan. Lirik lagu ini yang sangat berbeza. Antara bait liriknya , ‘Kerana awak, saya tidak dapat bertemu dengan orang lain. Saya sangat mencintai anda dan saya mahu awak akan kembali kepada saya.”

– Ji-Hwan

2BiC kemudian mengeluarkan album penuh pertama mereka berjudul Back to Black bulan lalu bersama-sama dengan sebuah lagu dari album “Bye Bye Love, sebuah lagu yang berkonsepkan moden lebih kepada barat.

2Bic

“Berbanding dengan artis Korea yang lain di luar sana, kami ingin menyumbang berbunyi lebih Amerika, black soul style of music. Kami suka R & B dan kami mahu terus memperkenalkan lebih banyak genre ini di Korea.”

– Jun-Hyung

Antara lagu 2Bic yang popular ialah Promise You, Bye Bye Love, Did You Forget Everything dan banyak lagi. Nama 2Bic menjadi lebih terkenal apabila lagu I’m In Love dipilih menjadi lagu tema sebuah drama Korea berjudul Good Doctor.

Kemunculan 2Bic memeriahkan senario muzik Korea yang semakin berkembang.

2Bic
2Bic
2Bic

 

2Bic

2Bic

2Bic

2Bic

2Bic

2Bic

2Bic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Indonesia Officiates New Headquarters in Jakarta

Siapa Kekasih Baru Nabila Huda?