Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





25 Million Dollar Hoax di 8TV

Pembohongan Paling Mahal Di 8tv
Sekali lagi 8TV membawakan sebuah lagi program hebat di kaca TV anda, 25 Million Dollar Hoax yang bersiaran pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam.

Siri realiti TV ini pasti akan menarik perhatian penonton di rumah kerana hadiah yang ditawarkan bagi pemenang rancangan realiti ini adalah sejumlah wang tunai yang sangat lumayan. Terdapat banyak elemen kekeluargaan di dalam siri realiti TV ini apabila penonton dapat menyaksikan keletah Chrissy Sanford, seorang gadis yang memperdayakan ahli keluarganya dengan pelbagai cara untuk menyakinkan mereka bahawa dia telah memenangi wang tunai bernilai 5 juta dolar. Perubahan yang berlaku pada Chrissy dari seorang gadis manis kepada seorang yang materialistik, agak sukar untuk dilakukan tetapi beliau berjaya untuk melakukannya dengan bijak.

Mampukah anda membuat pembohongan bernilai 5 juta dollar?
Siri ini mengikuti senario yang dialami oleh sebuah keluarga yang disebabkan oleh seorang gadis, Chrissy Sanford yang melakonkan satu penipuan terhadap keluarganya dengan menyakinkan mereka bahawa dia telah memenangi wang tunai sebanyak 5 juta dollar dari sebuah laman web iaitu thebigwin.net.  Melalui kemenangan yang diperolehi, beliau bertukar secara mendadak dari seorang gadis manis kepada seorang gadis yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik.

Bahagian yang paling sukar ialah apabila Chrissy harus merahsiakan perkara sebenar dari pengetahuan keluarganya dan jika beliau berjaya, beliau layak untuk memenangi hadiah sebenar yang bernilai lebih 400,000 dolar.

Di akhir musim rancangan ini, Chrissy akan memutar roda putaran “the bigwin.net” yang melayakkannya memenangi hadiah melebihi 5 juta dollar.  Tetapi bahagian yang paling sukar ialah apabila beliau harus membongkarkan rahsia kepada ahli keluarganya dengan memberitahu mereka bahawa semua yang berlaku selama ini hanyalah satu penipuan.  Bagi melayakkan Chrissy untuk memenangi hadiah tersebut itu pula, semua ahli keluarga beliau dikehendaki hadir ketika pembongkaran itu berlaku.

25 Million Dollar Hoax ialah sebuah siri rancangan televisyen tanpa skrip yang diterbitkan oleh rangkaian US NBC. Rancangan ini diadaptasi dari sebuah rancangan dari United Kingdom bertajuk, Million Pound Hoax. Siri realiti ini juga diterbitkan oleh Reveille and Hallock Healey Entertainment yang turut menerbitkan “The Biggest Loser” dan “Average Joe”.

Untuk mengetahui sama ada Chrissy berjaya atau tidak untuk melakukan pembohongan terhadap keluarga beliau, jangan lupa menonton 8TV pada setiap hari selasa, jam 9.30 atau secara alternatif di Astro saluran 708.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Oprah Winfrey Is One Rich TV Star
  • One In A Million Musim Baru Kembali Lagi
  • One In A Million Musim Kedua Kembali di 8TV
  • About Ah Long Pte Ltd Movie Fann Wong & Mark Lee
  • Sidang Media One In A Million Musim Baru
  • Audition Ujibakat One In A Million Musim Kedua (OIAM 2)
  • Tiket Konsert Final One In A Million OIAM Untuk Peminat Shila
  • Gisele Bundchen, Kate Moss, Heidi Klum: The Richest Model
  • Photo Simon Cowell is Shirtless, Half Nude Naked Pix Celebrities
  • The Black Album DEATH MAGNETIC Metallica



  • Satu Komen untuk entri “25 Million Dollar Hoax di 8TV”

    1. angel_baik kata:

      apa ler relevannya citer pasal pembohongan nie di tayangkan kat tv…

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK