Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





16 Blocks, Bewitched & The Longest Yard di Cinema On 2

BARISAN FILEM MENARIK MENGHIASI SLOT ‘CINEMA ON 2′ MEI INI

Sepanjang bulan Mei ini RTM2, Saluran Famili Anda menerusi slot ‘Cinema On 2′ telah membariskan filem-filem menarik lagi menghiburkan buat tatapan semua penonton setianya. Diharap ia dapat membantu anda mengisi keindahan malam anda seisi keluarga.

Slot ‘Cinema On 2′ yang kebiasaannya bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam telah membariskan tiga filem hebat buat tatapan anda semua. Antaranya, ‘16 Blocks’, ‘Bewitched’ dan juga ‘The Longest Yard’. 

Tirai akan dibuka pada 7 Mei 2008 dengan menampilkan sebuah filem yang sarat dengan aksi menarik bertajuk ‘16 Blocks’. Filem ini mengisahkan tentang Jack Mosley lakonan Bruce Willis, seorang anggota polis yang bermasalah dan lanjut usianya. Mosley bertugas di sebuah balai polis yang terletak di kota metropolitan, New York. Pada suatu hari seperti kebiasaannya dia ditugaskan untuk mengiringi seorang saksi yang petah berkata-kata, Eddie Bunker (Mos Def) dari balai polis ke sebuah mahkamah. Walau bagaimanapun, dalam perjalanan terdapat usaha jahat cuba menghalang mereka berdua dari sampai ke destinasi mereka.

Barisan pelakon hebat yang terlibat dalam filem ini adalah Bruce Willis, Mos Def, David Moss, Jenna Stern, Casey Sander, Cylk Cozart dan David Zayas.

Menyusul pada 14 Mei 2008 sebuah filem berjudul ‘Bewitched‘. Filem ini menyenaraikan barisan pelakon terkenal seperti Nicole Kidman, Will Ferrell, Shirley MacLaine, Kristin Chenoweth dan juga Jason Schwartzman.  

Dalam filem ini Will Ferrell mendukung watak sebagai Jack Wyatt seorang bintang Hollywood yang cuba membuat penampilan semula ke layar perak menerusi sebuah filem yang diadaptasikan daripada sebuah drama bersiri klasik. Apabila Jack terlihat seorang gadis cantik bernama Isabel Bigelow (Nicole Kidman), dia merasakan Isabel adalah calon terbaik memegang watak Samantha iaitu watak isterinya di dalam filem tersebut.

Sebaliknya, Jack tidak mengetahui bahawa Isabel sebenarnya adalah seorang ahli sihir, yang mana ia adalah satu pilihan yang amat tepat untuk filem itu. Bapa Isabel, Nigel (Michael Caine) mengambil berat terhadap minat anak gadisnya itu. Tetapi, dia mulai merasa terganggu dengan kehadiran Iris Smythson (Shirley MacLaine), pelakon yang menjadi ibu Isabel dalam filem lakonannya. 

Sementara itu, ‘The Longest Yard’ akan disajikan pada 21 Mei 2008. ‘The Longest Yard’ merupakan sebuah penerbitan sebuah filem komedi yang pernah diterbitkan pada tahun 1974. Filem ini mengekalkan tajuk yang sama seperti filem yang asal. Mengisahkan tentang seorang pemain bola lisut professional, Paul Crewe (Adam Sandler) dan jurulatih Nate Scarboro (Burt Reynolds) yang sama-sama menjalani hukuman penjara di sebuah penjara yang sama. Pada suatu ketika mereka suatu ketika mereka dicabar oleh warden penjara yang kejam (James Cromwell) untuk membentuk sebuah pasukan bagi menentang pasukal pengawal penjara.

Hasil kerjasama yang padu di antara mereka berdua akhirnya membuahkan hasil apabila pasukan penghuni penjara beroleh kemenangan dalam perlawanan tersebut. Saksikanlah lakonan hebat daripada pelakon popular seperti Adam Sandler, James Cromwell, Chris Rock, Burt Reynolds, Cloris Leachman, William Fichtner, Bill Romanowski, Brian Bosworth, Michael Irvin, Kevin Nash, Nelly, ‘Stone Cold’ Steve Austin, Coutney Cox-Arquette, Bill Goldberg dan Tracy Morgan.    

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menonton semua filem menarik dan menghiburkan yang disajikan khas untuk anda semua menerusi RTM2, Saluran Famili Anda. 

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran Mac Sekarang!
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran Mei Sekarang!
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran April Sekarang!
  • Gambar Mawi di Jom Bowling Muzik FM Longest Non Stop Bowling Event
  • Synopsis The Restless Directed by Jo Dong-oh
  • Chermin To Be Screened At Italian Film Festival
  • Senarai Calon MTV Movie Awards 2007
  • Jemputan Readers ToGether-Gather ke-6 Sambil Menonton Filem Congkak
  • Review Film Hitman: Game-To-Movie Adaptation
  • The Official Poster of The Forbidden Kingdom



  • 3 Komen untuk entri “16 Blocks, Bewitched & The Longest Yard di Cinema On 2”

    1. mix-download.blogspot.com kata:

      menarik

    2. ctkus kata:

      rtm2 slot is better than mega movie at tv3…

    3. Honeybee kata:

      agreed wth ctkus!!! Much2 better!!

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET