in

13 BUAH BAND TERHEBAT DALAM HOMEGROWN MUSIM KE-3

HOMEGROWN (MUSIM KE-3)
TX: 14 Disember 2008, Ahad
TIME: 10.30pm

Menyukai muzik yang hangat, baru dan segar? 8TV sekali lagi membawakan kepada anda  program HOMEGROWN untuk  musim ke-3.  HOMEGROWN mengangkat taraf band-band tempatan di kaca televisyen menerusi hasil produksi tempatan! HOMEGROWN menampilkan sesi temubual bersama 13 buah band-band terhebat di negara kita.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton perjuangan muzik band-band yang cukup berbakat ini di saluran 8TV bermula 14 Disember 2008, jam 10.30 malam! Melalui musim baru ini HOMEGROWN berwajah baru di mana program ini lebih berkonsepkan majalah dengan info-info yang menarik dan membantu.

Selain menyelami kehidupan band-band ini, penonton juga dapat menambahkan ilmu tentang muzik kerana program ini turut memaparkan segmen tentang barangan muzik, ‘DIY segment’ yang mana mereka akan menunjukkan cara-cara untuk kita membuat t.shirt dengan rekaan kita sendiri, info-info tentang gigs dan banyak lagi!

“Saya begitu kagum dengan bakat dan kebolehan band-band baru di Malaysia yang boleh dikatakan cukup berpengaruh. Homegrown kini sekali lagi memberi sokongan kepada band-band ini mempromosikan produk mereka selain memuatkan beberapa segmen menarik berkaitan dengan muzik,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Sambung Kim lagi, “Saya amat berbangga dengan perkembangan kumpulan muzik tanahair.  Saban tahun ada sahaja muka-muka dan kumpulan-kumpulan baru muncul memperbaharui dan mewarnai muzik dengan nafas baru dan ini satu petanda baik kepada peminat-peminat muzik dan produksi tempatan untuk memperbanyakkan lagi program berbentuk hiburan.  Homegrown adalah satu platform yang bagus untuk mengenengahkan band-band ini.”

Antara band-band yang bakal ditampilkan dalam Homegrown ialah Estranged, The Times, Pure Vibracion, One Buck Short, Nitrus, Deja Voodoo Spells, Seven Collar T-shirt, Estrella, Komplot, The Otherside Orchestra, Bittersweet, Nice Stupid Playground dan Butterfingers.

Pastikan anda menonton program yang cukup menarik ini pada setiap Ahad, bermula 14 Disember jam 10.30 malam eksklusif di 8TV! 8TV juga boleh ditontoni menerusi saluran 708 di Astro. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MILEY CYRUS DALAM HANNAH MONTANA SEASON 2

Video Lagu Teater Musical Mamma Mia di Istana Budaya